suria

Gadis rimas diganggu komando miang! Tiba-tiba panggil ‘sayang’, janji nak mengurat sampai dapat - “Comel awak punya tahi lalat”

Wanita ini membuat rakaman tersembunyi perbualannya dengan lelaki yang mendakwa sebagai anggota komando.

BEKERJA di kaunter perkhidmatan memerlukan ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi kerana lumrah manusia diwarnai dengan pelbagai ragam.

Lebih menguji kesabaran jika anda adalah seorang gadis, kerana rata-rata kaum Hawa cenderung untuk menjadi mangsa lelaki miang yang sering mencuba nasib.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang pekerja wanita yang sedang bertugas di kaunter perkhidmatan terpaksa melalui detik menjengkelkan apabila dia cuba dipikat seorang lelaki yang tidak disukainya.

Komando merupakan askar elit yang terpilih menjalani latihan berintensiti tinggi. -Gambar hiasan

Demi 'menjual' diri, lelaki terbabit mengaku merupakan anggota komando sebuah badan beruniform.

Menerusi video yang dirakam wanita itu secara tersembunyi, lelaki berkenaan didengari mula membuat 'kacau' sebaik dipercayai selesai memperbaharui insurans, selain turut bertindak menyanyikan lagu bagi menarik perhatian.

"Saya memang suka dekat awak tau. I love you. Saya akan tackle awak sampai dapat, komando tak pernah berputus asa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern trauma nak keluar rumah, lelaki tanya jalan tiba-tiba buka seluar - “Saya menggeletar, sumpah seram”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jijik raba kemaluan sendiri dalam lif... Seluk seluar depan gadis! - “Saya menggigil, baca macam-macam doa”

"Daripada hari saya datang buat insurans saya dah mula suka awak, tapi awak tak layan. Awak berlagak.

"Bagi la nombor telefon please. sayang? Jom kita pergi makan. Awak tak suka saya ke, saya ni komando tau," kata lelaki itu seperti dikaburi ilusi mimpi indahnya.

Wanita terbabit yang jelas tidak menunjukkan sebarang minat memohon untuk lelaki itu beredar tetapi malangnya tidak diendahkan.

Mengurat cara macam ni pun ada eh? Betul punya muka tembok tak tahu malu.

WARGA MAYA

"Ya, saya tak suka anggota. Berlagak. Tolong keluar, pergi la ke department sana," ujar wanita itu sedaya upaya cuba untuk menamatkan perbualan dan melayani pelanggan yang seterusnya.

Kecewa dengan permainan kata yang tidak membuahkan hasil, lelaki itu mula menari supaya dapat melembutkan hati wanita tersebut.

"Comel la awak punya tahi lalat, jom la kita. Kalau orang dah suka awak tu, respons la sikit.

"Orang cakap dia tu cantik, comel, peramah dan ayu, tapi tak dihargai pun," keluh lelaki berkenaan.

Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut berputus asa dan meninggalkan wanita itu bersama seorang pelanggan lain yang baru tiba.

Sebahagian komen warga maya.

"Saya tak suka la dengan lelaki tu," adu wanita tersebut kepada pelanggan itu.

"Macam-macam (perangai) orang zaman sekarang ni," balas pelanggan lanjut usia itu sambil menggeleng kepalanya dan menutup pintu gelangsar agar lelaki terbabit tidak lagi datang mengganggu.

Menjengah ke ruangan komen pada video yang hingga kini meraih lebih tiga juta tontonan itu, kebanyakan warga maya risau akan keselamatan wanita itu.

"Kepada lelaki di luar sana, ambil jawapan tidak sebagai tidak. Usaha keras tanpa putus asa itu biar bertempat. Kami sebagai wanita sangat tak selesa dalam situasi macam ni, hanya mampu senyum macam kerang busuk je.

"Kalau berkasar, risau lelaki tercalar ego sampai mengamuk, kita pula yang dibunuhnya nanti. Dengar perbualan lelaki tu walaupun sekejap je tapi dah nampak banyak red flag ya. Semudah itu cakap I love you kepada orang tak dikenali.

"Mengurat cara macam ni pun ada eh? Betul punya muka tembok tak tahu malu. Psycho. Tak ada siapa pun yang hamak pasal kau punya komando tu, perempuan lebih risau pasal nyawa mereka sekarang ni," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain