suria

Penjual minuman berdarah Jawa rancak ‘speaking’! Yakin beritahu TikToker AS ‘1 balang kopi bersamaan 45 gelen’

Seorang Tiktoker dari AS berkunjung ke sebuah gerai air kopi balang di Kuala Lumpur. -Gambar TT TravelwithChris

KOPI terbaik di Malaysia,” komen seorang TikToker dari Amerika Syarikat (AS) yang berkunjung ke sebuah gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

TikToker berkenaan, Chris Rodriguez yang sering mengembara ke serata dunia dan merasai pelbagai makanan dan minuman tempatan tertarik dengan air kopi balang di sebuah gerai.

“Ini adalah kopi caramel, mocha dan hazelnut,” jawab peniaga itu.

Chris mengembara ke banyak negara untuk merasai makanan dan minuman tempatan.

Selepas membuat pesanan, Chris kemudian bertanyakan sukatan keseluruhan balang air kopi yang dijual di gerai tersebut.

“Okay, saya mahu segelas kopi, kenapa tidak? Yang mana satu kamu cadangkan, mana satu yang istimewa? Okay, saya nak kopi caramel.

“Berapa liter kopi, setiap satu? Empat gelen?” tanya Chris dalam bahasa Inggeris.

Secara spontan, peniaga itu membalas dengan menjawab satu balang air kopinya sebanyak 45 gelen, di mana satu gelen bersamaan dengan kira-kira 3.8 liter.

“Tidak, yang ini? 45 gelen,” jawab peniaga itu dalam bahasa Inggeris.

Peniaga menyerahkan minuman kopi caramel kepada Chris.

Menerusi video yang meraih lebih 2.6 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam itu, rata-rata netizen terkejut dengan jawapan peniaga itu mengenai sukatan air balangnya yang merujuk kepada 45 gelen, bersamaan dengan 170 liter sebalang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Rusia ajak pakcik peniaga air mata kucing buat ‘content’, sempat selit nasihat... Pesan utamakan didikan agama untuk anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat minah salih ‘berselera unik’ tercapai... sambal udang dah biasa sangat, kini lebih berani makan piza dan aiskrim petai

“45 liter kot, 45 gelen tu tangki rumah aku. Tinggi sangat confident dia,” demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, netizen turut memuji harga kopi RM4 segelas yang dianggap berpatutan.

Susulan video yang tular, peniaga air kopi balang itu, Mohd Azman Muhammed mengakui terkejut apabila gerainya yang beroperasi di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, pada setiap Sabtu itu dikunjungi TikToker Chris.

dd

Mohd Azman dan isteri, Fatahiyah.

Lelaki berusia 41 tahun itu berkata, ketika itu dia sedang sibuk membuat persiapan di gerainya dengan menuang pelbagai jenis kopi ke setiap balang.

“Saya tidak mengenali dia, tapi saya layankan dia yang bertanya. Masa tu saya tak berapa dengar soalan yang ditanya pasal sukatan tu. Dia tanya sebut liter, saya tak dengar.

“Kemudian saya hanya terdengar dia sebut gelen, dan saya tersasul jawab 45 gelen (satu balang). Saya sedang sibuk masa tu dengan bekalan ais sampai lambat,” katanya.

Saya layankan dia yang bertanya.

MOHD AZMAN MUHAMMED

Peniaga

Dipuji kelihatan bersahaja berbual dengan TikToker berkenaan dalam bahasa Inggeris, Azman yang berasal dari Klang, Selangor berkata, dia hanya menjawabnya secara spontan.

“Sebenarnya sukatan pati saja tidak termasuk ais adalah 80 liter untuk empat balang, iaitu 20 liter setiap balang dan bukannya 45 gelen (170 liter) sebalang,” katanya yang berniaga air kopi sejak empat tahun lalu.

Mohd Azman (empat, kanan) dan Fatahiyah (empat, kiri) bersama pekerja di gerai.

Sementara itu, isteri Azman, Fatahiyah Radzali, 41, pula berkata, suaminya yang berdarah Cina dan Jawa itu juga berkebolehan berbahasa Jawa.

“Suami kalau jumpa geng-geng Jawa dia, dia akan cakap Jawa. Sebab itulah jenama kopi kami juga dalam bahasa Jawa yang bermaksud ‘ada rasa kopi’,” katanya.

Selain gerai di Jalan TAR pada Sabtu, kata Fatahiyah, mereka juga membuka beberapa gerai di pasar malam di sekitar Shah Alam dan Klang pada setiap hari.

“Ada lima jenis iaitu caramel, mocha, hazelnut, kopi O dan creamy chocolate. Paling laris adalah hazelnut. Terima kasih kepada pelanggan yang memberi sokongan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain