KITA sering diingatkan supaya menjaga adab dan tatasusila apabila berada di dalam hutan. Maklumlah di sebalik keindahan alam semulajadi dan panorama memukau yang disajikan ketika kita berada dekat dengan habitat flora dan fauna, perkara-perkara menyeramkan juga boleh berlaku. Menerusi video tular, seorang wanita dikenali sebagai Mawar Rahman berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya bersama suami ketika berkhemah di dalam hutan. Menurutnya, perkhemahan tersebut di sekitar hutan Jelebu, Negeri Sembilan. Mawar berkongsikan pengalamannya diganggu entiti semasa perkhemahan. Dia yang enggan mendedahkan lokasi berkata, peristiwa aneh itu dialami pada malam pertama ketika suasana hujan renyai. “Owner ada maklumkan yang kami satu-satunya camper dan kami okay sebab dah biasa. Semasa sampai cuaca cerah lagi, kami kumpul kayu sebab nampak macam akan hujan. “Selepas Maghrib, hujan renyai-renyai... seusai masak, kami terus makan dan pergi mandi. Agak jauh dari khemah, jadi kami bawa lampu lanting sebab lalu jambatan kecil,” ujarnya yang bimbang situasi arus sungai yang deras. Bagi perkhemahan kali ini, dia dan suami tidak membawa bahan mentah seperti daging atau ayam sebaliknya barang makanan di dalam tin. ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman misteri matahari terbenam di Port Dickson, objek melompat di laut jadi tanda tanya... Ramai kongsi teori waktu senja ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz TikTok didampingi ‘makmum’ ghaib... Tengah solat di R&R tiba-tiba rasa bahu ditepuk, angin ‘keras’ lalu belakang Berkongsi pengalaman, ujarnya, ia bagi mengelakkan gangguan entiti seperti makhluk halus atau binatang buas kerana pernah mengalaminya dalam beberapa siri perkhemahan sebelum ini. Bagaimanapun, dia membawa 10 biji telur yang dibeli sebelum masuk campsite berkenaan. “Hujan tak ada tanda pun nak berhenti, anjing mula menyalak dan kami pun masuk tidur pukul 12.30 pagi. Lebih kurang pukul 1.40 pagi, aku rasa macam ada benda yang tak kena. “Aku pun ajak suami pergi tengok kenapa anjing asyik menyalak... masa tu aku bawa lampu suluh dan suami bawa parang potong kayu yang memang disimpan untuk hal tidak terduga. Suami aku cakap masa dia buka zip nampak ada ‘benda’ tengah makan telur... rambut dia panjang. MAWAR RAHMAN “Puas suluh keliling tapi tak nampak apa... lain sangat bunyi anjing tu, jarang dengar anjing menyalak mendayu-dayu ni,” ujarnya lagi. Bercerita lanjut, sekitar pukul 2.30 pagi, dia dan suami terdengar bunyi plastik bungkusan telur dibuka. Susulan daripada itu suaminya membuka sedikit zip pintu khemah bagi melihat keadaan di luar. “Dia kemudian tutup dan terus suruh aku tidur... tidur sayang, diam. Aku kalau dia cakap macam tu, memang dah tahu ada perkara yang tidak kena. Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing. “Keesokan paginya, selepas bangun... aku tengok semua barang masih bersusun kecuali telur. “Suami aku cakap masa dia buka zip nampak ada ‘benda’ tengah makan telur. Rambut dia panjang sampai tanah, kusut... ada daun melekat pada rambut tapi muka tak nampak, baju dia kotor tanah,” tambahnya lagi. Meskipun berhadapan situasi menyeramkan itu, Mawar dan suaminya masih meneruskan perkhemahan di tapak yang sama. Malah katanya, malam kedua mereka lebih tenang tanpa bunyi anjing menyalak. Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang memberi teguran tentang pantang larang membawa beberapa jenis makanan ke dalam hutan. "Telur mentah masih boleh bawa tapi simpan dalam bekas dan letak bersama bawang putih, bawang merah, cili serta limau. "Suami sis nampak tu ialah pontianak. Sebab tu kalau masuk hutan tak boleh bawa barang mentah, lagi dia suka," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube