SETIAP wanita pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia selain suami ringan tulang yang dapat membantu menguruskan kerja rumah. Noraiza Azmi adalah salah seorang isteri yang sangat bersyukur apabila dikurniakan suami yang rajin mencuci dan menjemur pakaian ketika dia sibuk bekerja. Namun, dalam kesyukurannya itu, dia sebenarnya perlu menahan sabar apabila mendapati suaminya menjemur pakaian di pintu pagar dan atas kereta jenis BMW yang mana video pakaian sedar dijemur dikongsikan di media sosial dan tular. "Anda tengok ye. Kita kena bersyukur tau apabila kita berkahwin, kita ada suami yang baik. Boleh tolong basuh dan sidai baju. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kira okaylah dia boleh buat kerja rumah. Saya memang bersyukur sangat. Alhamdulillah kan dapat suami rajin macam ni. "Ringanlah beban kita (isteri) balik kerja tengok baju sudah basuh dan sidai. Patutnya kita bersyukur ya. Jangan komen apa-apa janji baju kering. Nak tutup nombor plat pun okay juga," ujarnya dalam video, kedengaran nada seperti menyindir. Ketika dihubungi mStar, wanita itu yang hanya mahu disapa Aiza menjelaskan semula apa sebenarnya yang berlaku di sebalik rakaman yang dimuat naik di TikTok. Dia yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Selangor berkata itu merupakan kali pertama suaminya berbuat sedemikian. ARTIKEL BERKAITAN: Suami poket kering, isteri tak teragak bantu! Selama ini amalkan magic, dompet lama boleh buat duit ‘beranak’ ARTIKEL BERKAITAN: Tampan di pentas peragaan, ‘Man of The Globe Malaysia’ selesa nikah gadis biasa! Sabar bantu isteri turun berat badan Aiza mengaku terkejut melihat pakaian yang disidai namun dalam masa sama memahami situasi suaminya. "Saya sedang bekerja masa tu. Pakaian tu dah dibasuh sejak pagi lagi. Dia sidai baju pun dah tengah hari. "Rasanya ampaian dah penuh sebab baju masa tu banyak. Jadi dia fikir 'nasib la' dia sidai je atas pagar dan kereta. "Lepas siap sidai, dia mesej saya Yang, abang dah siap sidai baju. Abang nak keluar ni balik lewat sikit. Hampeh," ujarnya. Bila saya tanya kenapa dia sidai macam tu, dia cuma jawab janji kering. NORAIZA Menurut Aiza pakaian yang disidai di bahagian luar sudah kering setibanya dia di rumah. "Masa saya balik baju sudah pun kering. Nasib dia tak gantung dekat pokok je. Jadi saya pun terus angkat dan masukkan dalam bakul. "Bila saya tanya kenapa dia sidai macam tu, dia cuma jawab 'janji kering'. Kira objektif (matlamat) dia tu tercapai la walaupun sidai di wiper kereta. Mujur tak patah," katanya. Hantaran tersebut d TikTok turut meraih perhatian netizen yang terhibur sehingga meraih hampir 1 juta jumlah tontonan. Aiza bersyukur dengan suami yang rajin membantunya menguruskan kerja rumah. Rata-ratanya turut berseloroh di ruangan komen selepas melihat 'pemandangan' rumah wanita ini. "Sangkut dekat plat kereta tu paling 'luar kotak'. "Betul, bila suami buat jangan tegur. Nanti dia sentap mereka tak buat terus. Kita pula sakit hati. "Ingatkan jiran yang tumpang pagar tadi. Rupanya suami sendiri punya kerja," komen netizen pada video. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube