suria

Calon hantar resume foto muka penuh satu ‘page’! HR disaran terima bekerja, bimbang ‘dihantui’ gambar gergasi

Resume yang dihantar oleh seorang pemuda menarik perhatian ramai. -Gambar hiasan kiri Freepik

RAMAI individu yang berlumba-lumba mencari pekerjaan sehingga melakukan pelbagai cara untuk diterima sebagai staf.

Antara inisiatif yang dilakukan adalah menyediakan resume dengan cara paling kreatif dan lain daripada yang lain.

Biasanya resume akan melalui proses saringan terlebih dahulu sebelum calon dipanggil untuk sesi temuduga.

Begitu juga dengan seorang pemuda berusia 20 tahun ini, yang mana resume yang dihantar ternyata memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihatnya.

Ramai membuat permohonan kerja secara dalam talian. -Gambar hiasan The Star

Kebiasaannya foto calon akan diletakkan di bahagian paling atas resume, diikuti dengan butiran peribadi serta latar belakang pendidikan dan pengalaman bekerja.

Namun bagi pemuda ini, foto wajahnya yang bersaiz sangat besar terpampang memenuhi halaman muka depan resume miliknya.

Ini sekali gus menjadikan segala butirannya dicetak di atas kertas berlatar belakang mukanya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Driver Grab tak sia-siakan kepintarannya! Tayang resume dalam kereta, penumpang kagum bukan calang-calang lulusan

ARTIKEL BERKAITAN: Resume viral di Twitter, siswa UiTM tak menang tangan pilih tawaran kerja... Mahu bantu keluarga selepas ayah hidap kanser darah

Resume pemuda bersaiz A4 menjadi tular selepas dikongsi di TikTok.

"Harap diterima kerja," tulis seorang pengguna TikTok yang membuat perkongsian itu.

Sesi temuduga dibuat selepas proses saringan di bahagian sumber manusia. -Gambar hiasan Freepik

Resume milik jejaka berketinggian 160 sentimeter itu meraih perhatian netizen dengan ada yang mengaitkannya dengan proses pemilihan di bahagian sumber manusia (HR).

Mana tidaknya, dengan foto wajah calon sebesar itu sudah tentu mengejutkan pihak HR ketika menyenarai pendek calon pekerja.

Malah, ada yang kagum dengan semangat dan kesungguhannya mencari kerja.

Cari kerja ke cari orang hilang?

NETIZEN

"HR nak reject pun takut. Hantar resume macam hantar santau weh.

"Bos belum sempat nak interview dah tahu orangnya kelakar.

"HR, mu kalau tak ambil dia ni, tak tahulah nak kata. Ngigau malam-malam.

"Kalau HR tak ambil bekerja, mesti hidup HR tu selalu dihantui oleh gambar ni," komen netizen.

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, segelintirnya melihat foto gergasi pada resume itu kelihatan seperti notis pencarian orang hilang.

"Macam poster cari orang hilang dah.

"Ada orang hilang ke?

"Bang, ni cari kerja ke cari orang hilang?" komen netizen secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain