suria

Anak sanggup buat pasport ke Indonesia, kelu tengok bapa kandung selepas 24 tahun terpisah... Momen berjumpa semula bikin berjurai air mata

Kisah pemuda ini bertemu bapanya selepas 24 tahun terpisah mengundang sebak ramai.

TANPA kasih sayang ibu dan bapa di sisi, hidup ini bagaikan tidak lengkap.

Namun itulah realiti kehidupan kerana tidak semua antara kita berpeluang menikmati limpahan kasih tersebut.

Nasib sama dihadapi seorang pemuda berstatus warganegara Malaysia apabila terpaksa hidup berjauhan daripada bapa kandungnya sendiri.

Lelaki ini membuat pasport untuk terbang ke Indonesia berjumpa dengan bapanya.

Bagaimanapun mereka akhirnya berjaya disatukan semula selepas 24 tahun terpisah gara-gara si bapa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Momen menyentuh perasaan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di media sosial oleh sepupunya sendiri, Babybrown di TikTok.

"Pertemuan ayah dan anak setelah 24 tahun terpisah. Apabila Allah berkehendak, maka berjumpa juga," tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lidah kelu, tahu-tahu air mata mengalir... Rindu anak tunggal akhirnya terubat, 4 bulan terpisah dengan bapa tersayang

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya ada foto dan alamat, anak usaha cari bapa kandung terpisah 22 tahun kerana satu mimpi - “Bila terjaga, saya menangis betul rupa-rupanya”

Berdasarkan video itu, si bapa dilihat menahan sebak tatkala melihat wajah anaknya di depan mata.

Selepas bersalaman buat kali pertama, mereka terus berpelukan bagi melepaskan rindu.

Dari kecil langsung tak pernah jumpa sebab dia tinggal di Malaysia.

BABYBROWN

Hingga kini video berkenaan sudah meraih lebih 6.4 juta tontonan di TikTok.

Menerusi video berasingan, pemilik akaun turut berkongsi momen pemuda berkenaan ketika kali pertama bersua muka dengan saudara-maranya di Indonesia.

"Ni ketika mula-mula makcik dan saudaranya jumpa. Daripada kecil langsung tak pernah jumpa, sebab dia tinggal di Malaysia," tulis sepupunya itu.

Tangkap layar daripada video sepupunya menceritakan perjalanan sebelum anak beranak ini berjumpa.

Bukan itu sahaja, sepupunya itu turut mengabadikan detik-detik ketika pemuda itu membuat permohonan pasport antarabangsa di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia sebelum terbang ke Indonesia.

Setibanya dia di Indonesia, mereka tinggal di rumah ibu saudara yang merupakan kakak kepada bapa kandung pemuda berkenaan.

Bagi menjawab pelbagai spekulasi dan persoalan netizen, sepupunya menjelaskan bahawa wujud konflik antara ibu bapa pemuda berkenaan hingga menyebabkan berlakunya perpisahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain