SETIAP daripada kita memiliki cara tersendiri untuk berbakti atau menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Seorang mekanik menceritakan semula kisahnya menolong sebuah keluarga dalam kesusahan yang dilihat sedang berjalan kaki di lebuh raya. Pada mulanya, pemuda yang menggunakan nama Abe Mark Coating di TikTok itu mengakui berasa sangsi untuk membantu, dalam kejadian yang berlaku di Shah Alam, Selangor pada awal pagi Ahad lalu. Lelaki ini bertanya beberapa soalan sebelum membenarkan keluarga ini masuk ke dalam kereta. "Cerita malam ni. Seram sebenarnya awal-awal. Tapi pusing semula, tak sampai hati. "Pandu kereta seorang diri pukul 2 hingga 3 pagi jumpa orang tengah jalan kaki tepi lebuh raya," tulisnya dalam hantaran dibuat. Berasa serba salah membiarkan keluarga yang dianggap sedang berada dalam kesusahan itu, dia mengambil keputusan untuk menghampiri mereka. "Hati tak sedap. Tadi biarkan satu famili tu berjalan kaki. Jadi duduk teringat... Nak kena pusing cari mereka semula pukul 3 pagi ni. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta rosak, pemandu lain cuma tengok tak bantu! Semua hati kering kecuali abang treler, seorang diri tolong tolak ke tepi ARTIKEL BERKAITAN: Ada 2 kereta, lelaki ini hidup ‘mewah’ tanpa rumah! Masak tepi jalan, bahagia 18 tahun jadi gelandangan "Tanyalah (pada keluarga)... jaranglah orang hidup senang jalan kaki dukung anak-anak kecil pukul 2 hingga 3 pagi. Jadi mungkin boleh tolong, kita tolonglah," katanya. Sebelum membenarkan keluarga tersebut menaiki kereta, Abe Mark membuat 'soal siasat' dengan mengajukan beberapa soalan terlebih dahulu. "Anak menangis kelaparan. Kereta rosak, isteri sakit. Nak pergi dataran pukul 3 pagi. Jalan kaki dukung anak. Semata-mata nak cari kedai makan dekat dataran. "Jadi bawa mereka pergi makan dekat kedai mamak. Risau kena samun sebenarnya. Tapi lintasan hati orang macam kita ni. Sekali mereka datang nak jumpa ustaz untuk berubat. Isteri sakit mistik. ABE MARK "Banyak bisikan syaitan, sangka bukan-bukan. Jadi tanya dah jelas, jadi jom tolong," katanya. Sejurus memasuki kereta BMW dipandu Abe Mark, lelaki yang ditumpangkan tersebut menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku kepada keluarganya. Menurut lelaki yang juga merupakan seorang bapa itu, keretanya mengalami kerosakan di sekitar Seksyen 19, Shah Alam. Menetap di Sabak Bernam, mereka terpaksa berjalan kaki bagi meneruskan perjalanan untuk mendapatkan rawatan alternatif isterinya yang sedang sakit. Sebahagian cerita lelaki berkenaan kepada Abe Mark. "Sekali mereka datang nak jumpa ustaz untuk berubat. Isteri sakit mistik. Doakan urusan mereka dipermudahkan dan isterinya cepat sembuh," jelasnya. Dalam hantaran dibuat, dia yang memiliki lebih 26,000 pengikut di TikTok turut menitipkan pesanan agar perkongsiannya ini dijadikan iktibar. Jelas Abe Mark, adalah lebih baik seandainya kita bertanyakan secara terus kepada individu berkenaan daripada bersangka buruk terhadapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube