KEWUJUDAN media sosial seperti TikTok bukan sahaja menjadi platform kepada masyarakat mempamerkan bakat dan kreativiti, malah dapat memberi pelbagai manfaat lain. Kebanyakan pengguna mula aktif dalam aplikasi video pendek itu disebabkan kelapangan masa ketika pandemik Covid-19 melanda dunia pada 2020. Tidak ketinggalan golongan profesional seperti doktor, peguam, pakar kewangan dan sebagainya yang menjadikan medium baharu ini sebagai satu ruang perkongsian ilmu. Seorang doktor turut mengambil peluang menghasilkan video tentang pelbagai info kesihatan yang kreatif dan padat dengan fakta penting sehingga menarik perhatian pengguna TikTok sekali gus memasuki FYP (For Your Page) dan tular di media sosial. Doktor merupakan kerjaya profesional. -Gambar hiasan The Star Bagaimanapun, baru-baru ini dia mendedahkan bahawa golongan profesional yang gemar berkongsi maklumat di aplikasi tersebut rupanya sering dipandang sinis oleh rakan sekerja. “Ada tiga orang MO (pegawai perubatan) depan aku borak ‘sekarang nak masuk private clinic pun tengok socmed (media sosial)... banyak followers boleh demand gaji’. “Kemudian salah seorang cakap ‘doktor yang ada TikTok ni macam b***h je aku tengok semua, entah apa-apa’. “Nak tersembur teh tarik tawar ni,” luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar luah isi hati dalam exam karangan, tatabahasa ‘ke laut’ jadi perhatian! Guru patut risau, bukan kongsi di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat ‘content’ TikTok, akui bahagia ajar budak pandai... Syed Saddiq pula tegur jangan perlekeh pelajar ‘kelas belakang’ Perbualan beberapa MO tersebut dirasakan seolah-olah ditujukan kepada dirinya yang mempunyai akaun dalam aplikasi berkenaan dan gemar berkongsi kandungan. Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan 'sindiran' kumpulan pegawai perubatan terbabit kerana berpendapat banyak manfaat perubatan diperoleh daripada TikTok. Banyak klinik 'encourage' doktor untuk ada personal branding, boleh tolong klinik punya branding. WARGA MAYA “Elok daripada buat TikTok berjoget-joget macam beruk. Nasib baik dia bukan student aku, tidak aku bagi pelengkung (ketuk) atas kepala. “So far, ramai doktor kat socmed (media sosial) okay je saya tengok. I'm grateful they're willing kongsikan ilmu dengan kami orang biasa ni. Tak jumpa lagi yang b***h. “FYL dia la kot yang keluar ‘doktor yang ada TikTok ni macam b***h je aku tengok semua'. Sebab FYP aku selalu educational je TikTok mereka,” ujar beberapa warga maya. Warga maya meluahkan pandangan masing-masing. Dalam pada itu, beberapa individu mendedahkan tujuan para doktor mempunyai aplikasi TikTok adalah untuk mendapatkan gaji lebih di klinik mahupun hospital swasta. Malah katanya, jumlah pengikut di laman sosial akan mempengaruhi bayaran gaji seseorang individu tersebut kerana dikatakan dapat membantu mempromosikan organisasi berkenaan. “Doktor TikTok ni kadang-kadang pandai promo diri sendiri. Lepas dah pandai cakap terus promo produk muka, rambut untuk lelaki... guna title Dr now dah tak ada value. “Doktor pun kena tengok followers? Thats new for me. “Banyak klinik 'encourage' doktor untuk ada personal branding, boleh tolong klinik punya branding. “Semua nak tengok followers sekarang, boleh jimat marketing cost,” ujar segelintir pelayar lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube