suria

Tetamu pergi kenduri pakai songket, tersama pula dengan mempelai! Pengantin tak kecil hati, masih menonjol dalam majlis

Seorang tetamu wanita mencuri tumpuan kerana memakai baju songket seperti pasangan pengantin.

KEMUNCULAN pasangan raja sehari di majlis perkahwinan pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap tetamu.

Penampilan pasangan pengantin termasuklah pemilihan busana akan menjadi perhatian.

Bagaimanapun, seorang tetamu wanita mencuri perhatian ramai, gara-gara penampilannya dilihat sedondon dengan pasangan pengantin dalam satu majlis, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, wanita yang memakai baju kurung songket hitam emas itu dilihat berdiri dan sedang berbual dengan rakannya yang duduk di meja makan.

Rakaman yang menyaksikan wanita itu bergelak ketawa kemudian beralih kepada pengantin lelaki yang sedang bersalaman dengan para tetamu di meja di belakangnya.

Kiri pengantin lelaki, kanan salah seorang tetamu di majlis sama.

Turut menjadi perhatian apabila klip tersebut menunjukkan pengantin lelaki pergi ke meja wanita itu, melayan para tetamu tanpa ditemani pengantin perempuan.

Di akhir rakaman berdurasi kira-kira 40 saat itu pula memaparkan gambar wanita berkenaan bersama beberapa tetamu lain dengan pasangan pengantin.

“Bukan yang ni, (tapi) yang ni! Pengantin dan tetamu sedondon. Boleh pula tersama dengan pengantin,” tulis individu menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragis

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘hati kering’ pakai busana serba putih hadir majlis nikah sepupu, siap bertenggek belakang pengantin

Video yang tular di pelbagai platform media sosial itu meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya kurang senang dengan tindakan wanita berkenaan yang hadir ke majlis kahwin berpakaian songket seperti pengantin.

“Baru faham kenapa orang tua-tua selalu larang pakai songket pergi majlis kahwin orang.

“Benda macam ni boleh merosakkan mood pengantin. Kita kan sendiri maklum bila ada majlis perkahwinan Melayu, sudah tentu kebanyakan memang tema songket sekarang. Jadi, boleh elakkan pakai songket ke majlis kahwin orang sebenarnya.

“Benda ni rasanya boleh fikir sendiri kot. Jangan sesekali overshadow pengantin.

Antara komen netizen.

“Bukan common sense ke? Songket jangan pakai, elakkan baju putih dan jangan pakai aksesori melampau.

“Kalau aku memang janggal dah kat situ. Mahu duduk tak bangun-bangun selagi rombongan satu kereta dengan aku tak siap makan. Aku kalau baju sama dengan budak jabatan masa majlis pun aku sanggup balik tukar baju, inikan pula sama dengan pengantin.

“Kita sebagai tetamu pakai persalinan yang tema dia kelihatan sedondon dengan mempelai adalah sangat tak menghormati pasangan pengantin. Tak kisahlah kita tak sedar atau tak sengaja pun. Tapi pasti rasa bersalah macam ter ‘rosakkan’ mood pengantin,” komen netizen.

Benda macam ni boleh merosakkan mood pengantin.

NETIZEN

Susulan video yang tular, pemiliknya tampil memberi penjelasan bahawa dia membuat rakaman itu kerana menyifatkan stuasi yang berlaku secara kebetulan itu melucukan.

“Mereka semua bekas pelajar saya, termasuk pengantin perempuan. Saya rakam sebab ia kebetulan yang lucu. Peringatan juga untuk semua bila ke majlis.

“Jangan suka-suka nak kecam orang dan acah-acah tahu perasaan pengantin. Baju sama je kot. Kebetulan, bukan content yang dibuat-buat,” katanya.

Penjelasan pemilik video.

Dia juga menafikan tetamu berbaju kurung songket itu seperti ‘menenggelamkan’ pengantin perempuan.

“Pengantin perempuan pakai sanggul semua (aksesori). Potongan baju pun lain, jadi tak ada la overshadow. Masa majlis tak nampak macam dia pengantin pun. Dia pakai simple, cuma corak kain tu je sama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, lelaki itu turut mendakwa pasangan pengantin berkenaan tidak berkecil hati dengan ‘kebetulan’ tersebut.

“Pengantin dah kata semua okay. Famili mereka pun tengok video ni gelak je. Benda boleh jadi kat siapa-siapa,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain