IBU bapa merupakan insan paling penting dalam hidup kita. Namun, hasrat seorang wanita untuk menjaga ibunya yang telah berusia berdepan halangan apabila tindakan itu tidak disenangi suaminya sendiri. Menerusi luahan di Facebook, wanita itu mendakwa suaminya turut mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga menjejaskan emosi ibunya yang sedang sakit. Ibu bapa hanya mengharapkan kasih sayang dan ihsan anak-anak di hujung usia mereka. -Gambar hiasan "Suami marah-marah depan mak saya. Kami bergaduh teruk. Dia suruh pilih mak atau dia. Kalau pilih dia, hantar mak ke rumah orang tua. Saya tak sanggup. "Mak saya ada seorang saja. Saya berfikir nak tinggalkan suami. Sebab mak jaga saya sejak kecil sampai berjaya. Senang-senang suami suruh tinggal mak. "Malam tadi mak menangis tanpa saya tahu kenapa. Tapi terungkap di bibir 'maafkan mak'. Sungguh saya tersentap. Derhaka ke saya? Suami langsung tak pujuk. Kenapa dia kejam?" luah wanita itu. Saya pun kerja gaji dalam RM4,000. Segala lampin, ubat dan susu mak saya yang tanggung. ISTERI Menurut wanita berkerjaya itu, dia hairan kenapa suaminya tidak senang dengan kehadiran ibunya memandangkan segala perbelanjaan perubatan ditanggung sendiri olehnya. "Saya anak tunggal. Mak dah umur 69 tahun. Sekarang dia tak boleh bangun, sakit teruk. Rumah mak jauh di Kedah. Saya di Kuala Lumpur. Saya ajak mak tinggal sekali sebab tiada siapa jaga dia. "Saya upah maid untuk jaga mak. Baru sebulan saya jaga mak, suami marah-marah kata mak saya menyusahkan. Kerja saya dekat rumah. Saya boleh balik kejap-kejap tengok mak. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedang sakit, anak tinggalkan nota dan duit depan restoran! Pemilik bungkus nasi, lauk sedekahkan kepada pelanggan ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini korbankan kerja dan impian demi jaga ibu sakit di kampung, tapi bapa pergi dulu selepas buat 3 permintaan - “Terakhir ayah minta tidur sebelah mak” "Saya pun kerja gaji dalam RM4,000. Segala lampin, ubat dan susu mak saya yang tanggung. Tak ambil duit suami," ujar wanita yang memiliki seorang cahata mata itu. Dalam luahannya, pengadu berkata dia kecewa dengan sikap suaminya sehingga tergamak menyisihkan ibu mentua sendiri. "Luluh hati saya. Habis tu, semua perempuan dalam dunia ni kahwin, semua kena tinggalkan mak ke? Sedangkan saya selalu bantu mak ayah suami, tapi ini dia balas? Menantu perlu menyanyani mentua seperti ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan "Jujur sebelum ini saya bahagia. Tiada masalah. Namun ini ujian berat buat saya," ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu. Rata-rata pelayar Facebook turut memberikan sokongan buat wanita itu dan berharap dia dapat meninggalkan suaminya yang dilabel netizen sebagai lelaki tidak berguna. "Tinggal je la suami berhati binatang tu. Kalau suami baik, tak ada perangai macam tu. "Lelaki boleh dicari, mak tiada ganti. Semoga dipermudah segala urusan. "Tak perlu fikir puan, suami puan dah beri pilihan tu sebenarnya dia suruh pilih mak," ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube