suria

Real sangat! Foto wanita Melayu jelita rupanya AI... Ramai bimbang masa depan, gerun fikir fitnah akhir zaman

Dunia digital hari ini boleh menimbulkan banyak fitnah, jenayah dan salah faham. -Gambar hiasan (kanan)

KECERDASAN buatan (AI) adalah keupayaan komputer untuk ‘mempelajari’ kepintaran seorang manusia.

Kewujudan AI ini dikatakan dapat memudahkan kehidupan harian seseorang dengan kebanyakan tugas dan pekerjaan boleh diambil alih oleh komputer.

Namun, di sebalik ciptaan teknologi yang bijak pandai ini, ada juga bahaya yang menanti tanpa disedari ramai.

Antara gambar yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).

Melalui satu perkongsian di laman X, didedahkan kemampuan AI untuk menghasilkan ilustrasi dan imej wanita Melayu bertudung yang sangat tulen, sekilas pandang sukar untuk melihatnya sebagai janaan AI.

Menerusi beberapa gambar AI yang dikongsikan, kelihatan riak wajah, senyuman dan tona kulit wanita berkenaan seakan-akan foto yang diambil menerusi lensa kamera.

"Aku sungguh tak percaya yang ini adalah gambar dihasilkan oleh AI. Kalau aku tak tahu konteks, mati-mati aku ingat ni orang betul. Macam mana boleh real sangat?

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba ‘leak’ gambar bogel! Rupanya ada pihak buat bisnes, curi foto di media sosial sunting guna AI - “Orang boleh beli, ramai gila seks”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kantoi salin esei ‘AI’ bulat-bulat, tulisan ‘by Probot’ pun lupa buang! Netizen bimbang sikap Gen Z - “Menipu pun tak pandai”

"Memang banyak platform AI dekat internet sekarang yang boleh buat macam ni, kita tulis je gambaran seseorang yang kita nak, AI akan terus lukis dalam masa beberapa minit.

"Contohnya, kita cakap nak gambar wanita bertudung, bangsa Melayu, umur dalam pertengahan 20-an, kerja pejabat, memang boleh siap gambar tu," jelas warga maya.

Walaupun begitu, perkara yang lebih merisaukan adalah isu 'catfishing' iaitu masalah penggunaan identiti palsu untuk memperdaya seseorang yang dilihat semakin meruncing dengan adanya gambar AI tersebut.

Pernah dikatakan AI lebih bahaya daripada senjata nuklear, sekarang aku nampak kebenarannya.

WARGA MAYA

"Lepas ni kita nak cari jodoh kena berhati-hati, entah-entah kita bercinta dengan orang yang tak wujud pun. Nak buat jenayah scam pun senang, bekalan identiti palsu dah banyak, semudah itu nak 'kelentong' orang.

"Maka bermulalah fitnah akhir zaman yang digeruni. Kesian dekat anak-anak kita nanti nak kena hadap semua penipuan ni. Pernah dikatakan AI lebih bahaya daripada senjata nuklear, sekarang aku nampak kebenarannya.

"Aku pernah minta AI nak gambar wanita berumur yang kerja 'gomen'. Tengoklah, memang dapat, daripada gred Jusa sampai ke gred N17 semua ada. Canggihnya dan sangat seram ya," kata warga maya.

Gambar penjawat awam yang dikeluarkan oleh AI.

Dalam pada itu, seorang individu yang berkecimpung dalam bidang peragaan fesyen mendedahkan faktor yang membolehkan AI melakar wajah wanita Melayu dengan tepat.

"Aku rasa kenapa AI mampu menjanakan muka wanita Melayu yang sangat real, sebab banyak syarikat di Malaysia bagi gambar orang kita dan data kepada AI untuk sistem 'belajar'.

"Aku tengok hari tu dekat satu posting Facebook, dia cakap macam ni, model yang berminat untuk masuk perlu tandatangan borang sebagai persetujuan wajah digunakan bagi tujuan AI dan mesin.

"AI itu rupanya milik kepada sebuah agensi yang menghasilkan stock photo (gambar untuk tujuan komersial)," cerita individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain