ACARA perjumpaan bersama rakan dan diselangi acara makan-makan dengan konsep 'potluck' atau juadah bawaan bukan satu perkara asing. Konsep ini bermaksud makanan tidak akan disediakan pihak penganjur atau katering, sebaliknya setiap tetamu akan membawa juadah sendiri untuk dinikmati bersama hadirin yang lain. Namun melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki meluahkan rasa kesal dengan acara 'potluck' kerana ada segelintir rakan yang bersikap lepas tangan. Kejayaan suatu majlis bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak. -Gambar hiasan Terdahulu, perspektif tersebut diketengahkan susulan tular video memaparkan sekumpulan sahabat berkelah di tepi tasik dengan masing-masing membawa makanan sendiri untuk ditukar suka sama suka. Bercerita lanjut mengenai kenyataannya itu, lelaki tersebut berkata tatkala setiap tetamu berusaha untuk menyediakan hidangan yang lazat dan bersesuaian, ada sesetengah yang hanya sambil lewa. "Rosak mood aku berpenat lelah untuk event macam ni tapi orang lain buat sekadar melepaskan batuk di tangga. Dalam kes aku, kami semua putuskan nak bertukar makanan antara satu sama lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik merungut tuan kenduri jamu cendol jagung tak ikut selera... Minta kacang, pulut dan tapai semua tiada! ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri hantar lauk kenduri... Buka plastik ada coklat, air tembikai macam beli di kedai! Tuan rumah terus buang "Aku memang beria nak cari makanan yang paling best. Tapi malangnya apabila tiba hari kejadian, aku dapat kejutan yang paling hambar sekali, air mineral. Kau biar betul. "Orang lain beli kek, ayam goreng dan sebagainya, kau boleh datang dengan air mineral je. Tak ada common sense. Tak kisah malas macam mana sekalipun, fikir la orang lain sekali. Pada pendapat aku, kalau ada orang bawa air kosong atau air mineral dekat event potluck sangat function. WARGA MAYA "Benda ni aku tak boleh relaks, kita buat event nak bagi semua happy tapi kalau dah jadi begini memang hancur. Ya betul, tak boleh puaskan hati semua orang, tapi dalam hal ni mereka patutnya ada 'otak' nak fikir," ujar lelaki berkenaan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mengulas mengenai isu yang diketengahkan itu. "Nanti mesti ada seketul dua yang akan cakap, mungkin itu je yang dia mampu. Alahai, potluck ni bukannya setiap hari kita buat pun, untuk meraikan kawan-kawan kita juga. Boleh je beli apam balik atau akok ikut bajet sendiri. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kalau nak tengok daripada perspektif orang tu, mungkin dia sibuk dan tak berkelapangan nak masak atau tempah makanan, sekurang-kurangnya dia datang juga tunjuk muka dengan bawa air. "Pada pendapat aku pula, kalau ada orang bawa air kosong atau air mineral dekat event potluck sangat function. Sebab rata-rata mesti akan bawa air manis atau bergas, jadi dengan adanya air kosong ni baru lega tekak. "Faham dengan kekecewaan bro ni, tapi aku tak rasa patut melenting sangat. Aku yakin orang tu dia bawa sekarton atau sekotak air mineral, bukan sebotol je, itu pun dah dikira sebagai satu sumbangan. Bersyukur," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
"Faham dengan kekecewaan bro ni, tapi aku tak rasa patut melenting sangat. Aku yakin orang tu dia bawa sekarton atau sekotak air mineral, bukan sebotol je, itu pun dah dikira sebagai satu sumbangan. Bersyukur," ujar warga maya.