suria

Dua gajah naik lori untuk sertai misi khas, diibarat kerja ‘gomen’ - “Seronok ya angin, sampai berkibar telinga”

Gajah di lebuh raya yang menjadi perbincangan di platform media sosial.

KETIKA memandu di jalan raya, pemandu perlu mengutamakan kenderaan berkepentingan seperti ambulans dan konvoi orang kenamaan (VIP) dengan memberi laluan.

Tidak dapat dinafikan, ada kalanya jauh di sudut hati, pasti timbul sedikit rasa cemburu untuk memiliki keistimewaan yang serupa apatah lagi ketika trafik sedang sesak.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang wanita menceritakan pengalaman sama ketika sedang memandu di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Gajah dibawa melalui kawasan bandar menggunakan sebuah lori.

"Saya tengah memandu secara santai dekat highway, tiba-tiba ada dua motosikal polis suruh saya ke tepi untuk berikan laluan. Saya pun akur dengan apa yang diminta.

"Dalam hati terdetik, aduh VIP mana pula ni nak lalu, hadap je la jam macam orang lain," keluh wanita itu.

Namun, tanpa disangka, bukan VIP yang diiringi pihak polis berkenaan tetapi lori milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang membawa dua ekor gajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakian ke Gunung Alai terbantut selepas jumpa tompok najis, lelaki perjelas kenapa satu ‘team’ patah balik

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang sering diserang, lelaki perah otak mahu halang! Akhirnya berjaya atasi kebijakan gajah, tak guna kekerasan

"Rupanya gajah weh! Aku sepanjang perjalanan dok tersengih-sengih, ini sesuatu yang baharu untuk aku.

"Perjumpaan aku dengan gajah tu walaupun sekejap tapi sangat menarik sampai mampu menceriakan keseluruhan minggu aku.

"Semua orang aku beritahu tentang apa yang aku jumpa dekat highway tadi. Seronoknya," imbas wanita tersebut.

Abot dan Rambai ni ibarat gajah kerja 'gomen' (sektor kerajaan), tukang kawtim dengan member-member, baru senang sikit nak berurusan.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya yang arif tentang haiwan itu tampil menjelaskan fungsi gajah tersebut dibawa menaiki lori.

"Ini namanya 'gajah denak'. Mereka 'bekerja' di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Tugas mereka menjinakkan gajah liar. Kalau ada gajah liar kita nak tangkap, mereka ni akan tolong pikat dan tackle geng gajah liar tu.

"Gajah dua ekor ni dinamakan Abot dan Rambai, mereka memang dilatih untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan gajah liar yang menggangu ketenteraman atau membahayakan keselamatan orang awam.

"Hakikatnya kawasan habitat gajah semakin mengecil setiap hari dek arus pembangunan," jelas warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Dalam pada itu, warga maya lain pula sempat berjenaka mengenai skop pekerjaan gajah-gajah tersebut.

"Abot dan Rambai ni ibarat gajah kerja 'gomen' (sektor kerajaan), tukang 'kawtim' (runding) dengan member-member, baru senang sikit nak berurusan.

"Seronok ya Abot dan Rambai dapat naik lori, angin lalu dekat tepi sampai berkibar-kibar telinga. Tapi tak mengapa, Abot dan Rambai ni memang pekerja 'gomen' yang paling function.

"Ada pemandu sendiri, ada pengiring, makan ditanggung, tol percuma, ini memang pekerja 'gomen' gred Jusa dah ni.

"Untuk pengetahuan semua, kalau nak tengok dan bagi makan gajah, boleh pergi ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. bayar semampu yang boleh," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain