IBU bapa dan ahli keluarga terdekat seharusnya berfungsi sebagai pelindung yang saling memahami dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Namun dalam masa sama seseorang itu terutamanya kaum Hawa perlu sentiasa berwaspada kerana bahaya boleh datang daripada sesiapa sahaja hatta darah daging sendiri. Ini kerana saban hari kita disajikan dengan pendedahan kes amang seksual dilakukan oleh si ayah, adik-beradik atau saudara-mara yang durjana. Pasti luluh hati seorang anak menjadi mangsa nafsu syahwat bapa sendiri. -Gambar hiasan Melalui satu ciapan di laman X, seorang gadis meluahkan rasa sangsi dengan permintaan pelik bapanya yang dilihat sebagai satu bentuk pencabulan. "Hello semua. Saya nak tanya, normal ke kalau ayah kita tiba-tiba minta nak ukur kita punya saiz payudara. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gersang sanggup bayar RM5,000 ajak gadis video call, dakwa artis wanita ‘sendu’ pun pernah terima tawarannya ARTIKEL BERKAITAN: Kaunselor susu ibu dihubungi remaja sangap, video call sambil onani - “Ingatkan urgent mak menyusu nak minta tolong” "Katanya bra yang saya pakai macam tersalah saiz," soal gadis itu meminta kepastian. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya beranggapan ia adalah petanda awal kepada sesuatu yang lebih keji dan perlu dicegah sebelum terlambat. "Sangat tak normal! Apahal ayah pula yang nak kena tengok buah dada dan bra anak perempuan? Kalau isteri atau wanita terdekat lain tak bekelapangan, boleh je bawa terus anak ke kedai pakaian dalam. Ayah boleh sayang kita dengan macam-macam cara lagi, tapi bukannya seperti itu. WARGA MAYA "Staf dekat situ boleh ukur dan tengokkan untuk kita, ayah tak perlu terlibat langsung. Lain macam betul ya kejadian zaman sekarang ni. Ayah aku pun cuma bagi duit dan biar aku beli sendiri. "Tak ada masa ayah aku nak menyibuk pasal hal pakaian dalam anak dia. Busybody ayah awak ni sangat mencurigakan, saya syak ada udang di sebalik batu, hati-hati adik. "Adik, saya sarankan untuk bincang perkara ni dengan mak, adik-beradik, sepupu atau rakan perempuan yang lain. Ayah atau mana-mana lelaki bukan tempat yang sesuai untuk kita bercakap soal ni," ujar warga maya. Dalam pada itu, pelayar juga menasihatkan untuk berhati-hati dengan kasih sayang yang sewajarnya dicurahkan seorang bapa. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Ayah boleh sayang kita dengan macam-macam cara lagi, tapi bukannya seperti itu. Ada batas hubungan antara seorang anak perempuan dengan ayahnya," kata warga maya. Menurut huraian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, aurat antara ibu bapa dan anak-anaknya adalah antara pusat hingga ke lutut. Oleh hal yang demikian, haram bagi kedua-duanya menukar pakaian di hadapan anak-anak jika perbuatan itu boleh mendedahkan aurat yang haram dilihat. Selain itu, wajib juga menutup bahagian tubuh yang boleh menaikkan syahwat dan fitnah walaupun bukan kategori aurat, meskipun di hadapan mahram sendiri, kecuali di hadapan anak-anak yang belum mencapai umur mumayyiz (usia 7 tahun). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube