suria

Macam alam lain! Gempak majlis kahwin tema Harry Potter, bertuah pengantin perempuan suami tunai impian

Luar biasa tema perkahwinan bertemakan filem Harry Potter.

SETIAP individu pasti mempunyai majlis perkahwinan impian masing-masing.

Tular di media sosial baru-baru ini majlis perkahwinan bertemakan siri filem fantasi penuh keajaiban, Harry Potter.

Umpama berada dalam Great Hall Hogwarts, dewan dihiasi dengan pelbagai dekorasi menarik termasuk meja panjang yang sering kelihatan dalam filem Harry Potter.

Tema Harry Potter merupakan impian isterinya.

Tema Harry Potter merupakan impian isterinya.

Helaian surat khabar yang memaparkan ‘berita’ pernikahan turut disediakan untuk tatapan umum di samping 'golden snitch' (bola emas bersayap) yang diletakkan di sekitar dewan.

Lebih menarik apabila asap putih dilepaskan bagi mengiringi pasangan pengantin ketika mereka berjalan di atas karpet merah menuju ke pelamin yang tersergam indah.

Malah, pengiring pengantin lelaki dan peempuan turut berarak masuk terlebih dahulu bagi memeriahkan lagi suasana.

ARTIKEL BERKAITAN: Berangan kahwin tema Melayu klasik, keluarga pengantin lelaki buat majlis di muzium... Makanan padu, keropok lekor ‘fresh’ uli depan tetamu

ARTIKEL BERKAITAN: Makin ramai berangan nak kahwin anak raja! Tema Melayu klasik dapat perhatian... Siap mandi bunga air 7 telaga, naik kereta Cinderella

Bagi Naim Zafran, kehadiran rakan-rakannya dan teman baik isterinya adalah sebagai tanda penghargaan terhadap hubungan persahabatan yang terjalin.

“Sebelum pengantin masuk, ada perarakan masuk groomsmen dan bridesmaids terlebih dahulu.

“Memang tak common di majlis Melayu tapi kami rasa kena ada sebab kawan-kawan inilah yang ada dari awal sehinggalah ke perkahwinan,” ujarnya di TikTok.

Antara dekorasi yang disediakan pada majlis perkahwinannya.

Antara dekorasi yang disediakan pada majlis perkahwinannya.

Kesemua mereka kemudiannya berdiri di tepi pelamin bagi menantikan pasangan mempelai.

Berkongsi kisah menarik dengan mStar, pemuda dari Ipoh Perak ini berkata, idea tema perkahwinan adalah sepenuhnya daripada isteri.

Wife memang dari awal nak tema Harry Potter... katanya dream dia jadi saya ikutkan je asalkan dia gembira.

Tunggu nanti aku kahwin aku buat tema One Piece. Pelamin tu nanti ada tema kapal Going Merry then kad kahwin tema wanted poster.

WARGA MAYA

Hired wedding planner kat Ipoh kemudian mereka uruskan semua sebab saya cuma bagi cadangan dan idea sahaja,” ujarnya.

Bagi jurutera sebuah syarikat cari gali minyak ini, perkara yang lebih menggembirakan apabila perancang perkahwinan berjaya merealisasikan majlis impian tersebut dengan kos keseluruhan RM50,000 termasuk sewa dewan dan katering.

Malah katanya, keluarga turut memberi sokongan untuknya melakukan perkahwinan bertemakan siri filem berkenaan.

Naim Zafran dan isterinya gemar melancong.

Naim Zafran dan isterinya gemar melancong.

“Famili okay je... sangat supportive dan membantu untuk majlis kahwin bertema ni,” tambahnya.

Perkahwinan bertema seumpama itu jarang diadakan pasangan pengantin khususnya masyarakat Melayu.

Maka tidak hairanlah apabila video yang dimuat naik Naim Zafran mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular dan ditonton lebih 2.7 juta pelayar.

Beberapa buah negara telah dijelajah.

Beberapa buah negara telah dijelajah.

Raya-rata meluahkan rasa kagum dengan resepsi yang dianjurkan itu dan turut meluahkan impian mengadakan majlis kahwin seumpamanya.

“Teringat masa aku kahwin tahun 2015 tema Clash of Clans ya.

“Aku nak kahwin tema Jujutsu, ada sesiapa berminat ke?

“Tunggu nanti aku kahwin aku buat tema One Piece. Pelamin tu nanti ada tema kapal Going Merry then kad kahwin tema wanted poster.

“Moga berkekalan hingga ke syurga... tiada perkahwinan tanpa badai (ujian), jadi aku doakan moga kamu berdua sentiasa tabah, kuat, saling mencintai selama-lamanya,” ujar beberapa warga maya.

Turut kelihatan komen daripada akaun Khidmat Negara 2.0 yang menyatakan ingin membuat tema 'explorace' pada majlis perkahwinan.

“Tema 'explorace', makanan semua tak ada disediakan, tetamu pandai-pandai cari sendiri. Biar seronok sikit,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain