suria

Kakak nak lari rumah! Gadis tertekan jadi bibik adik-adik, dilayan seperti hamba... Umi sanjung anak lelaki macam raja!

Anak perempuan sering diberikan pelbagai kerja rumah oleh ibu bapa. -Gambar hiasan

KITA biasa dengar tentang nasib anak perempuan yang dilayan seperti 'bibik' manakala anak lelaki bermaharajalela tanpa melakukan sebarang kerja rumah.

Tanpa disedari situasi itu meninggalkan kesan emosi mendalam buat anak gadis yang sedang membesar.

Baru-baru ini seorang gadis yang berdepan nasib sama berkongsi luahan hatinya di laman X sehingga kisahnya menjadi perhatian netizen.

DO GOOD; DESTINY STARTIN POINT IN TAMAN RADZI KLANG

Anak lelaki juga perlu diajar untuk melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

"Aku kena keluar rumah. Aku tak tahan jadi bibik. Jadi punching bag adik-adik lelaki aku. Mereka tak hormati aku sebagai kakak sebab umi selalu back up mereka.

"Aku sakit kena belasah hampir setia hari. Macam tadi, aku beli groceries, aku tinggalkan rumah bersih, sinki bersih, nasi dah masak, baju dah sidai.

"Aku balik selepas dua jam, rumah hancur. Mereka tak boleh ke angkat baju? Dah tahu tengah hujan, sibuk main game, pinggan tak basuh, tak letak dalam sinki," ujar pengadu.

Aku tak tahan jadi bibik... jadi punching bag adik-adik lelaki.

PENGADU

Menurut pemegang diploma berusia 23 tahun itu, dia sedang mencari peluang untuk 'angkat kaki' dari rumah keluarganya dan membina kehidupan baharu di ibu kota.

Menerusi luahan yang dimuat naik pada Isnin, dia meminta bantuan orang ramai sekiranya mereka boleh menawarkan peluang pekerjaan buatnya.

"Apa salah aku? Mungkin aku terlalu emosi tak nampak salah aku. Umi aku cakap salah aku. Aku penat, aku sakit, aku nak keluar rumah. Sesiapa, tolong. Aku merayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup buat pasport ke Indonesia, kelu tengok bapa kandung selepas 24 tahun terpisah... Momen berjumpa semula bikin berjurai air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki tak sanggup lihat ibu melutut, menangis mengadu nasib penat buat kerja rumah... Rasa terbeban dapat suami pemalas

"Ada tak tip untuk keluar dari rumah? Aku tengah cari kerja kat Kuala Lumpur. Tolong kongsikan kalau ada kerja kosong," luahnya lagi.

Netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa kesal akan nasib gadis itu dan berharap semua anak dilayan adil tanpa mengira jantina.

"Tolonglah generasi akan datang didik anak-anak buat kerja rumah. Anak lelaki bukan raja, anak perempuan bukan bibik.

"Aku ada kenalan macam ni. Dia seorang perempuan dalam keluarga. Mak dia garang dengan dia je, dengan anak lelaki disayangi," tulis netizen.

All in a day’s work: Indonesian maid Maisurah Jubari, 35 doing her daily chores at her employer’s house in Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. MARCH 25,2021. — FAIHAN GHANI /The Star

Ibu harus melayan anak-anak dengan adil tanpa mengira jantina. -Gambar hiasan

Malah, ramai netizen turut memberi cadangan serta bantuan untuk gadis itu mendapatkan pekerjaan baharu.

"Cari kerja tadika sis. Cakap nak stay kat hostel. Tadika swasta yang mahal-mahal tu biasa hostel mereka comfortable.

"Cari je bilik sewa kat Lembah Klang. Banyak murah-murah. Cari kerja retails dulu sebelum dapat kerja betul-betul yang awak nak.

"Anon boleh mesej saya kalau nak kerja di Kuala Lumpur. Reach me okey," ujar netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain