GOLONGAN lelaki sering menjadikan jodoh dan sunnah sebagai alasan utama untuk mereka berpoligami. Meskipun ada pasangan yang menerimanya, namun jauh di sudut hati mereka pastinya tersimpan 1,001 rasa yang sukar digambarkan. Seperti wanita ini, dia mengakui rasa sedih dan pilu apabila dimadukan tanpa kerelaan. "Mula-mula agak sakit, tapi pujuk hati untuk reda dan set dalam fikiran yang suami bukan hak aku tapi hak Allah. Suami sering menggunakan haknya untuk berpoligami. -Gambar hiasan "Disebabkan itulah, Allah wajibkan suami bagi nafkah pada isteri dan apabila datang perasaan kecewa semasa solat... saya terus berdoa dan positif dengan takdir Allah," luahnya. Berjaya menyusuri rumah tangga dengan madunya selama dua tahun, wanita ini sekali lagi diuji apabila si suami lumpuh separuh badan selepas terlibat dalam kemalangan. Dia kemudiannya membuat permohonan fasakh selepas mendapatkan khidmat kaunseling daripada pejabat agama. Tambahan pula suaminya tidak dapat memberi nafkah seperti yang sepatutnya disebabkan lumpuh. "Dia memang tak boleh kerja dan tak mampu bagi nafkah... disebabkan itu, saya pilih untuk undur diri sebab dalam Islam benarkan isteri fail fasakh jika suami tidak mampu beri nafkah. ARTIKEL BERKAITAN: Beri izin tapi gagal bertahan! Isteri cuba sedaya upaya terima poligami dan madu akhirnya undur diri, kini hidup lebih tenang ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama izin suami poligami, tapi ada syarat... Giliran madu hanya 2 malam seminggu, tak boleh ada anak! "Saya ada mohon kaunseling kat pejabat agama. Ustaz dan ustazah nyatakan tidak berdosa jika isteri fail fasakh kerana tidak dapat nafkah," ujarnya bercerita lanjut. Meskipun dia disarankan untuk menjaga suami kerana isteri solehah dijanjikan pahala besar, namun wanita ini tetap dengan pendirian untuk bercerai. "Suami gunakan hak dia sebagai suami untuk kahwin dua dengan asbab Islam benarkan dan lakukan tanpa fikir perasaan saya ketika itu. "Saya belajar reda tanpa marah atau derhaka melainkan menangis serta mengadu nasib kepada Allah. Madu saya pun failkan permohonan fasakh sedangkan dahulu dia janji akan jaga suami lebih daripada saya. ISTERI PERTAMA "Jadi tidak salah saya gunakan hak saya sebagai seorang isteri pula," tambahnya lagi. Dia yang nekad untuk berpisah kemudiannya menghantar suami ke rumah madu supaya dapat dijaga dan diurus kerana terlantar sakit. Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh proses penceraian menerusi kaedah fasakh hampir selesai, madunya juga turut membuat permohonan yang sama. "Sebelum ni tiga bulan dah saya jaga suami termasuk mandikan dan basuh berak. Sekarang saya hantar suami rumah madu, suruh dia jaga. "Saya pun sempat salam minta maaf pada suami sebab tak dapat teruskan jaga kerana di luar kemampuan serta kekuatan... suami hanya mengangguk faham. Netizen berkongsi pandangan masing-masing. "Tapi dalam proses fasakh hampir selesai... tiba-tiba madu saya pun failkan permohonan fasakh sedangkan dahulu dia janji akan jaga suami lebih daripada saya," luahnya lagi. Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya. Meskipun ramai yang bersimpati dengan situasi suaminya namun bagi mereka ia adalah kifarah kerana menyakiti hati seorang isteri. "Hebat percaturan tu, jangan ingat nak kahwin lain suruh isteri je reda. Akhirnya diri sendiri yang meredakan, sis sangat hebat dan kuat. "Aku lelaki dan setuju apa yang dia buat. Kalau suami berbuat baik dan setia pada isteri, susah payah pun isteri sanggup bersama-sama. "Tapi kalau suami sakitkan hati isteri, lagi-lagi sanggup menduakan... susah nak ikhlas. Mungkin ada, tapi tak semua isteri pertama ni mampu. "Ada segelintir suami yang triggered kalau isteri buat ni tapi bab poligami dia paling lantang bersuara suruh reda walaupun caranya menyimpang dengan sunnah," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube