SETIAP manusia tidak terlepas daripada berdepan dugaan hidup dan ujian masing-masing pastinya berbeza-beza. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, ia belum tentu menjamin keselesaan dan kesenangan hidup. Bagi wanita berusia 27 tahun ini, dia kini bekerja dengan gaji asas bulanan sebanyak RM2,700 dan menyewa sebuah bilik di bandar pada kadar RM500 sebulan. Keperluan asas lain seperti makanan, petrol, tol, parkir termasuk bayaran balik pinjaman pendidikan dan duit untuk ibu bapanya berjumlah sekitar RM1,000. Bekerja demi menyara kehidupan diri sendiri dan ibu bapa. -Gambar hiasan The Star “Mak ayah selalu suruh saya menyimpan. Jadi, saya asingkan RM800 sehingga RM1,000 setiap bulan dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera). “Kalau kira-kira, saya ada dalam RM200 hingga RM300 macam tu je untuk belanja apa-apa kehendak,” katanya menerusi satu luahan di laman X. Menurut wanita itu, ibu bapanya bergantung sepenuhnya pada wang pemberian anak-anak memandangkan mereka berdua tidak bekerja dan tiada wang pencen. “Simpanan pun tak ada sebab mak pernah hilang RM30,000. Simpanan ayah dah habis sebab buat rumah kat kampung,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah IPTS ‘merajuk’ gaji tak naik-naik, nekad kerja ‘cleaner’ di Singapura... Balik Malaysia jadi orang kaya! ARTIKEL BERKAITAN: Dibuang kerja, wanita hamil buka cerita sedih... Gaji suami tak cukup, tagih simpati jual laksa Daripada tujuh beradik, dia merupakan satu-satunya anak yang bekerja di bandar dan boleh dikatakan mempunyai gaji agak tinggi serta boleh menanggung ibu bapanya. Berkongsi cerita, dia menerima bonus satu bulan gaji pada akhir tahun lalu dan bercadang untuk menyimpan kesemuanya di dalam ASB. Rezeki menerima bonus pada hujung tahun. -Gambar hiasan Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian apabila bapanya meminta sebanyak RM700 untuk tujuan servis kereta. “Mak pula tahu saya beri banyak kat ayah bulan tu. Jadi, dia minta juga. Akhirnya saya beri hampir RM1,500 kat mak ayah. Masa tu fikir, tak apalah kongsi rezeki dengan mak ayah. Asalkan mereka gembira,” katanya. Orang single macam saya je la kena tanggung mak ayah? ANAK Namun dalam usaha untuk menggembirakan ibu bapanya, dia pula yang bersedih kerana perlu banyak 'mengorbankan' duit gajinya. “Bulan ni saya kena servis kereta, bajet dah lari. Saya terpaksa potong sikit duit bagi kat mak ayah sebab benda macam ni. Tapi mak ayah boleh cakap ‘Sikitnya bagi bulan ni. Bulan lepas bagi banyak’. “Saya sendiri tak belanjakan bonus tu pun. Kenapa mereka kena cakap macam tu? Saya sedih sangat. Tak boleh ke mereka bersyukur yang saya bagi duit berapa pun?” katanya terkilan. Mengira perbelanjaan dan simpanan bulanan. -Gambar hiasan Dia kemudian mempersoalkan adakah kerana masih berstatus bujang dia perlu menanggung perbelanjaan ibu bapanya, bukan kesemua abangnya. Malah, dia turut mendedahkan sudah banyak kali mengeluarkan simpanan bagi membantu kedua-dua ibu bapanya. “Dengan alasan, abang dah ada famili sendiri, ada anak-anak. Habis tu, orang single macam saya je la kena tanggung mak ayah? Saya penat tau. “Mereka selalu ingat saya tak ada komitmen, tak ada benda kena bayar. Banyak kali saya kena keluarkan simpanan untuk beri pada mereka. “Nak pergi umrah, jalan-jalan Jogjakarta, Indonesia dengan makcik-makcik, nak beli peti ais, nak itu nak ini. Semua pakai duit saya... RM2,700 tu banyak sangat ke?” soalnya yang juga perlu menanggung bil bulanan di rumah ibu bapanya serta servis penapis air. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube