IKATAN pertunangan sering diuji dengan pelbagai dugaan sehingga menyebabkan ramai mengambil keputusan untuk memutuskannya. Seperti wanita ini, dia mengakui tertekan apabila mendakwa sering menjadi mangsa fitnah tunangnya sendiri. Lebih membimbangkan apabila tingkah laku tersebut berterusan sehingga menjelang majlis perkahwinan. Antara perbualannya dengan tunang yang dikongsikan di media sosial. "Saya dapat tunang yang kuat fitnah dan tuduh perkara yang saya tak lakukan sedangkan masa saya sentiasa dihabiskan dengan dia. "Dia kerja pun saya chat setiap masa, tanya dah makan apa semua... dia balik kerja terus call teman dia tidur. Jadi masa bila saya nak curang," luahnya memulakan cerita. Demi menjaga ikatan yang terjalin, dia yang tidak mendedahkan identiti diri ini sentiasa mengalah apabila pergaduhan berlaku. Malah, dia sanggup berkongsikan kata kunci setiap akaun sosial medianya dengan pasangan supaya kepercayaan antara mereka berdua dapat dibina sekali gus mengurangkan pertengkaran. ARTIKEL BERKAITAN: Duit RM10,000 dah sedia, barang hantaran pun bakal suami siap beli... Tapi cik tunang ragu-ragu nak kahwin, gaji lelaki pilihan hati hanya RM2,500 ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia” Bagaimanapun katanya, usaha tersebut hanya sia-sia kerana setiap apa yang dilakukan tidak dihargai oleh pasangannya. "Saya rasa sedih sangat kena tuduh perkara yang saya tak buat. Saya berani bersumpah dan siap bagi login Ig (Instagram) dan FB (Facebook) saya... tapi masih dituduh curang," katanya. Bimbang emosinya akan terus terganggu disebabkan perkara yang dilalui dalam fasa pertunangan, wanita ini menyatakan hasrat untuk memutuskan ikatan yang terjalin. "Baru bertunang dah kena tuduh macam ni, silap-silap lepas kahwin kena sepak terajang. Saja tuduh awak curang untuk tutup kecurangan dia juga. Apapun baik bawa haluan masing-masing kalau begitu... kalau teruskan jadi mental pula. WARGA MAYA "Saya rasa nak putuskan pertuangan sebab dia selalu tuduh saya perkara yang tak baik je... saya sedih sangat sebab dia tak pernah percaya saya sepanjang tempoh pertunangan," tambahnya lagi. Menurutnya lagi, dia bukanlah seorang wanita yang baran dan bengis terhadap pasangan. Namun disebabkan sering dituduh dengan pelbagai perkara yang tidak dilakukan, dia merasakan emosinya semakin terganggu sehingga mengalami kemurungan. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya. Bagaimanapun seorang pelayar Facebook beranggapan tindakan tunang wanita tersebut adalah disebabkan isu kepercayaan dan trauma yang pernah dialami. Kebanyakan warga maya memintanya putuskan pertunangan. "Awak pernah curang ke sebelum ni? Pernah buat dia trauma dengan tindakan awak? Awak mungkin rasa perkara tu biasa-biasa je, tapi dia rasa luar biasa. Contohlah main game dengan kawan lelaki. "Antara dua je, sama ada dia ni memang kuat jealous dan insecure lebih ataupun memang dia sebenarnya curang tapi tuduh awak," ujarnya berkongsi pandangan. Dalam pada itu, rata-rata warga maya beranggapan tunang wanita terbabit mempunyai skandal mahupun teman wanita dan cuba untuk menutup kecurangan diri sendiri. Tidak kurang juga yang memintanya untuk memutuskan tali pertunangan demi menjaga kesihatan mental dan fizikal. "Saja tuduh awak curang untuk tutup kecurangan dia juga. Apa pun baik bawa haluan masing-masing kalau begitu... kalau teruskan jadi mental pula. "Saya dulu pun pernah berkenalan dengan spesis macam ni, kena tuduh macam awak ni... nasihat saya tinggalkan je sebab letih mental layan mereka. Dah kahwin nanti lagi teruk. "Apabila nama dia pun awak dah save macam tu, pandai-pandailah awak fikir sama ada nak jadikan suami atau tidak," ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube