KES haruan makan anak sering kali dilaporkan di media arus perdana mahupun di media sosial. Turut mempunyai pengalaman yang hampir sama, seorang gadis meluahkan perasaannya apabila dia nyaris menjadi mangsa 'ratahan' bapa sendiri. Menurut gadis yang tidak mendedahkan namanya itu, segala-galanya bermula selepas bapanya terlihat sekeping gambarnya bersama rakan-rakan di sebuah bilik hotel. "Dipendekkan cerita, ayah aku keep on forcing me untuk lakukan 'that thing' dengan dia. Segala-galanya bermula apabila dia lihat sekeping gambar aku dengan rakan lain di bilik hotel. "Kami ada dinner di hotel dan ada satu bilik khas untuk sesiapa yang terlibat dengan persembahan untuk bersolek atau simpan barang. Mangsa yang berdepan dengan gangguan seksual lazimnya akan mengalami trauma. -Gambar hiasan "Entah apa buat dia (ayah) terfikir aku liar buat benda bukan-bukan. "Aku jijik dan marah sampai terludah pada muka. Derhaka ke aku? Aku tak tahu macam mana nak luahkan dengan kata-kata," luahnya dalam satu kiriman mesej yang disiarkan di laman X @meinmokhtar. ARTIKEL BERKAITAN: Bernafsu dengan anak perempuan sendiri! Bapa diheret ke mahkamah mengaku tidak bersalah ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti balik cuti, ada hutang kau kena bayar” - Pelajar SBP takut pulang bercuti, sering jadi mangsa seks bapa durjana... kakak pun kena! Menurut gadis tersebut, gambar yang dilihat oleh bapanya itu bukanlah sesuatu yang tidak senonoh, sebaliknya hanyalah foto biasa bersama rakan-rakan lain. "Sejak itu, dia selalu panggil aku murahan dan dia kata aku boleh meliar dan buat benda terkutuk dengan orang," luahnya kesal. Gila sedih dapat ayah macam tu. Tak payah fikir anak derhaka kalau dah ini gayanya. NETIZEN Perkongsian gadis tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyarankan dia mengambil tindakan tegas kerana bimbang berkemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku. "Report polis terus. Jangan biarkan, nanti makin lama makin melebih bapa kau tu. Takkan datang tittle 'anak derhaka' kalau bapa kau sendiri dah langgar apa yang Allah larang. Netizen menyarankan supaya gadis berkenaan membuat laporan polis. "Gila sedih dapat ayah macam tu. Tak payah fikir anak derhaka kalau dah ini gayanya. Patutnya mak bapa jaga anak. "Alasan dia je tu untuk 'rasa' anak sendiri. Sengaja nak besarkan isu sebagai alasan," demikian antara komen netizen. Sehingga kini perkongsian kisah gadis berkenaan meraih 305 ulang kicau. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube