GOLONGAN yang memegang status sebagai ibu tunggal sememangnya berdepan dengan cabaran yang besar. Bukan sahaja terpaksa bekerja dan menyara anak-anak bersendirian, malah ada antara mereka yang melalui pengalaman pahit seperti dipandang serong serta didiskriminasi dalam situasi tertentu. Demikian juga dengan kisah yang dialami oleh seorang wanita, sebagaimana perkongsiannya Facebook. Menurut wanita berkenaan, dia berdepan kesukaran untuk mencari rumah sewa buat keluarganya gara-gara pemilik rumah lebih mengutamakan penyewa yang berkeluarga. Tangkap layar (screenshot) perbualan wanita tersebut bersama pemilik rumah. "Cari rumah dari tahun lepas lagi. Tapi yang dapat, (mereka) nak family keluarga... apabila beritahu (status) single mother, terus tak boleh. "Awat? (Kenapa). Single mother tak ada keluargakah, tak ada anakkah? "Makin merapu demand. Tak tahulah owner atau agent demand macam tu," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dikhianati cinta ‘Omi’, ibu tunggal betul-betul kena ‘sidai’ tengah panas... “Rasanya lelaki tu nampak dari jauh, mungkin dia tak minat” ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal rancang ‘buang’ anak 10 tahun... Patuh cakap bakal suami, enggan bela benih orang Dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualannya dengan seorang individu, dipercayai pemilik rumah atau ejen. Menerusi perbualan itu, pihak berkenaan memaklumkan mereka mengutamakan penyewa berkeluarga, selepas wanita tersebut memberitahu statusnya yang merupakan seorang ibu tunggal. Takut tak mampu bayar. Single mother bela anak-anak seorang diri, sangat mencabar daripada segi kewangan. NETIZEN "Maaf puan, kami utamakan yang sudah berkeluarga sahaja ya," terang individu berkenaan. Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, dengan ada yang meluahkan simpati dan ada juga yang menyebelahi pihak pemilik rumah. "Seharusnya kita tolong ibu tunggal, mereka yang memerlukan tempat berteduh. Mereka tidak meminta-minta, mereka memberi rezeki pada kita. Kenapa perlu ada pelbagai macam syarat? Reaksi netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Takut tak mampu bayar. Single mother bela anak-anak seorang diri, sangat mencabar daripada segi kewangan. Biasanya (bukan semua) duit cukup-cukup makan. Owner rumah tak berani ambil risiko tu. "Memang ada owner yang tapis profil penyewa sebab nak secure bayaran bulanan tu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube