suria

Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran

Seorang rakyat Malaysia berkongsi kisah bekerja di Singapura. -Gambar hiasan kanan / Bloomberg

RAMAI berlumba-lumba mencari pekerjaan dengan tawaran gaji lumayan, dan salah satu pilihan yang ada adalah bekerja di Singapura.

Sudah tentu menjamin kepuasan kerana nilai gaji yang diterima berlipat kali ganda berikutan mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.

Maka tidak hairanlah terdapat kumpulan rakyat Malaysia sanggup berhijrah ke selatan tanah air demi mencuba nasib mencari rezeki di Republik itu.

Seorang lelaki nekad bekerja di Singapura. -Gambar hiasan

Salah seorang daripada mereka adalah pemuda anak kelahiran Selangor yang berkongsi pengalamannya bekerja di negara jiran yang disifatkannya lebih berbaloi.

“Aku orang Selangor dan kerja kat Singapura. Bagi aku, kerja kat Singapura lebih berbaloi berbanding kerja di Lembah Klang.

“Kerja kat Singapura kalau naik bas okay lagi. Scan pasport kat kaunter ICA (Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura) pun dah senang. Hanya tinggal tunggu bas je untuk menuju ke stesen MRT ke tempat kerja,” katanya menerusi satu hantaran di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, rakyat Malaysia baru sedar penat kerja di Singapura! Bujang, simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah IPTS ‘merajuk’ gaji tak naik-naik, nekad kerja ‘cleaner’ di Singapura... Balik Malaysia jadi orang kaya!

Bukan itu saja, lelaki berkenaan turut membuat perbandingan tentang kehidupannya di tempat kerja baharu berbanding di negeri kelahirannya.

“Kalau kerja Lembah Klang pula tak habis-habis dengan ‘jem’ (trafik sesak) bagai kat atas jalan. Sudahlah pengangkutan awam pun tak cekap,” dakwanya.

Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura.

Menurutnya, paling dibanggakan bekerja di Singapura pastinya nilai gaji yang berlipat kali ganda berbanding negeri tempat kelahirannya.

Walaupun menetap di Johor Bahru dan terpaksa berulang-alik setiap hari bekerja di Singapura, dia masih menyifatkan penghijrahannya itu amat berbaloi.

“Kerja Singapura paling berbaloi sebab 3.5 kali ganda (gaji) berbanding kerja di Lembah Klang satu kali je. Tak sia-sia masuk kerja kat Singapura walaupun duduk di Johor Bahru,” ujarnya.

Hormat mereka yang bekerja di Malaysia.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen menganggapnya sebagai bertuah kerana berpeluang bekerja di negara jiran dengan gaji yang lebih tinggi.

Namun pada masa sama, sikapnya yang disifatkan meninggi diri sehingga memperlekehkan kehidupan di tempat kelahirannya sendiri menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Ada yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Republik itu tapi mendapat gaji lumayan. -Gambar hiasan

“Terpaling Singapura la kau ni. Suruh nenek kau buat kenduri kesyukuran. Gembira sangat kerja di Singapura.

“Dah kerja elok tu benda macam ni kau simpan je dalam hati, cukup tahun berhenti balik kampung. Yang kau nak bezakan Malaysia dan Singapura dah kenapa? Hujung-hujung balik Malaysia juga kau nanti.

“Motifnya apa, nak beritahu yang kau kerja bagus, dan yang kerja di Lembah Klang semua sia-sia ke? Rezeki orang lain-lain. Aku pun kerja Singapura juga, tapi tak beria macam kau,” demikian antara komen netizen.

Malah, ada yang mengingatkan lelaki berkenaan bahawa manusia sentiasa diuji dengan pelbagai ujian seperti pandemik Covid-19 yang melanda serata dunia sebelum ini sehingga memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Jangan beza-bezakan nilai dolar Singapura (SGD) dengan ringgit Malaysia (RM). Ramai yang tak bertuah macam awak dapat kerja Singapura. Hormat mereka yang bekerja di Malaysia. Kalau Allah nak tarik nikmat tu macam-macam sudut Dia bagi.

“Covid-19 baru 0.001 peratus, dah tak jumpa keluarga selama dua tahun. Ada yang keluarga meninggal dunia, tak sempat nak balik tengok. Beringat, jangan syok sendiri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain