suria

“Aku nampak dia undress, terus ubah niat” - Lelaki kahwin ‘cina buta’ lupa kontrak dengan kawan baik, serba salah dengan isteri pertama

Seorang lelaki berdepan dengan konflik rumah tangga. -Gambar hiasan The Star

BERDEPAN ujian dalam perkahwinan adalah lumrah, namun setiap pasangan haruslah sentiasa cekal mencari penyelesaian terhadap setiap masalah yang datang.

Paling penting adalah komunikasi yang baik dan rasional kerana kegagalan dalam hal ini ditakuti akan membawa kepada penceraian.

Kisah empat sekawan yang bertemu jodoh antara satu sama ini mencetuskan konflik apabila salah satu pasangan itu melafazkan cerai.

“Kami dua couple, kenal masa belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kami dah kahwin hampir empat tahun, aku dan isteri dah ada seorang anak dan mereka tak ada anak.

“Januari tahun lepas, kawan aku Ahmad (bukan nama sebenar) terlafaz cerai talak tiga dekat isteri dia, Aishah (bukan nama sebenar). Sekarang mereka nak rujuk balik tapi kena (kahwin) ‘cina buta’... mereka minta aku jadi ‘cina buta’ tu,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Perkahwinan untuk menghalalkan hubungan. -Gambar hiasan

Cina buta merupakan istilah yang diguna pakai di Malaysia bermaksud seorang lelaki yang menikahi perempuan yang bercerai talak tiga dengan suaminya.

Lelaki itu kemudian menceraikan perempuan berkenaan supaya boleh berkahwin semula dengan bekas suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun kahwin isteri asyik minta cerai, lari rumah mak! Suami disaran bersabar, itu cara orang perempuan gaduh

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rela hadap mulut orang!” - Wanita pilih menjanda, tak mahu perkahwinan toksik... Reda rumah tangga hanya bertahan 6 bulan

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata pada mulanya isterinya tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi akhirnya akur selepas dipujuk Aishah, kawannya sendiri.

“Pada mulanya aku pun tak nak, tapi apabila kawan minta tolong, aku pun tolonglah. Jadi, aku pun nikah awal tahun ni dengan dia,” ujarnya lagi.

Namun hakikatnya, dia turut diuji dengan cabaran godaan nafsu selepas berkahwin dengan Aishah, yang kini menjadi isteri keduanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada malam pertama pernikahan mereka.

“Malam aku nikah tu patutnya aku nak tidur bilik lain, tapi aku ternampak dia tengah undress, terus aku ubah niat,” katanya yang mengakui mereka melakukan hubungan intim.

Dia mula menaruh perasaan pada bekas isteri rakannya sendiri. -Gambar hiasan The Star

Katanya sejak kejadian malam itu, dia berubah fikiran daripada rancangan asal kerana mula menaruh perasaan pada Aishah, isteri yang dikahwininya dengan niat ‘cina buta’.

“Sekarang aku macam tak nak lepaskan isteri kedua tu dan dia (Aishah) pun dah tak nak dekat kawan ni (Ahmad). Jadi, macam mana aku nak bincang dengan Ahmad dan isteri aku?

"Janjinya lepas raya ni aku nak ceraikan Aishah,” luahnya yang buntu untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.

Rasa dianiaya betul. Ibarat hati ini dilapah-lapah oleh suami dan kawan baik sendiri.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan luahan lelaki berkenaan yang kononnya menjadi ‘pak sanggup’ dan turut bersimpati dengan isterinya.

“Rasa dianiaya betul. Ibarat hati ini dilapah-lapah oleh suami dan kawan baik sendiri.

“Jantan musibat, isteri kau jadi mangsa. Kau memang s*al. Geramnya, kau tak layak langsung pada isteri kau,” komen netizen.

Isteri pertama menjadi mangsa keadaan. -Gambar hiasan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengupas soal jawab mengenai agama, sebenarnya nikah cina buta iaitu kaedah nikah tahlil atau muhallil digunakan bagi pasangan yang berada dalam keadaan terdesak untuk kembali menjadi suami dan isteri.

Kerana dengan cara tersebut, pada zahirnya ia merupakan syarat dan jalan pintas bagi mereka untuk bernikah semula.

“Sungguhpun begitu, mengikut jumhur ulama Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi menyatakan bahawa nikah tahlil atau muhallil atau cina buta ini adalah pernikahan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi satu atau lebih syarat daripada syarat pada rukun nikah. Nikah ini tidak sah dan ia merupakan nikah fasid atau nikah batil.

“Bahkan, Nabi SAW melaknat pernikahan ini. Sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat seseorang yang menikahi wanita yang ditalak tiga dengan niat untuk menjadikan halal kepada bekas suami dan ke atas siapa yang dia dihalalkan.”

Justeru katanya, pasangan yang ingin atau sudah berkahwin serta sedang berdepan dengan konflik penceraian dinasihatkan agar berhati-hati dalam tindakan dan perbuatan agar tidak menyesal di kemudian hari.

“Perjalanan hidup sesebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip-prinsip yang saling menjaga dan mengambil berat di antara satu sama lain.

“Koreksi diri dan bersabarlah, kerana hakikat kehidupan berkeluarga itu amat memerlukan kepada ilmu dan juga toleransi,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain