SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mahu kesempurnaan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Begitu juga dengan wanita ini yang menganggap dirinya bertuah dikurniakan suami terbaik dalam segala segi. Namun, dia turut tidak terlepas daripada ujian perkahwinan, bukan daripada suami tetapi dugaan itu melibatkan keluarga mentua. "Suami I semua okay. Tapi I stres dengan famili dia terutama ibu mentua I. Dia dari famili B40, tapi nafsu dan gaya macam T20," luahnya. Ibu mentua kerap meminta wang. -Gambar hiasan Dia yang berkongsi cerita menerusi satu luahan di laman X berkata, semua bil keluarga mentua ditanggung oleh suaminya. Bukan sekadar bil utiliti, malah perbelanjaan lain turut menjadi tanggungjawab suami. "Mereka punya online shopping pun suami 'payung'. Lepas tu setiap kali balik I anggarkan akan habis sekurang-kurangnya antara RM500 hingga RM1,000 sebab ibu mentua akan ajak jalan-jalan di Kuala Lumpur. "Ini termasuk makan di tempat mahal, belanja dapur topup semua beras, lauk mahal, sabun dan lain-lain. Shopping benda mahal dan cafe hunting," ujarnya. Dia turut mendedahkan ibu mentuanya tidak mempunyai simpanan justeru menjadikan suaminya sebagai sumber kewangan sepenuhnya. ARTIKEL BERKAITAN: Menantu mula rasa benci, mentua asyik minta duit! Pelik wang belanja RM7,500 sebulan tak pernah cukup ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung Dalam pada itu jelasnya, dia dan suami pula selesa mengamalkan gaya hidup sederhana dengan berjimat. "Dia buat suami macam ATM (mesin pengeluaran wang automatik). Kami ni baju raya pun tak beli. Makan lauk telur, ikan murah, ayam je," katanya. Suami mengira perbelanjaan bulanan. -Gambar hiasan Dia turut berkongsi pengalaman mengerjakan umrah di Tanah Suci bersama suami dan ibu mentua pada tahun lalu. "Ibu mentua diva I nak macam-macam, add on hotel dekatlah, naik bullet train la. Akhirnya berhabis lebih RM40,000. "Lepas tu dia siap mulut lancang cakap 'hujung tahun ni mak nak pergi umrah lagi, nanti belanja mak eh'. Ingat senang ke kumpul RM40,000? Dia buat suami macam ATM. MENANTU "Astagfirullah makcik B40 oi, sedarlah diri. Kami ni M40 sendu yang berjimat je," katanya sambil menambah dia dan suami masing-masing berusia 33 tahun. Wanita berkenaan turut memberitahu dia kini bergelar suri rumah selepas berhenti kerja dan suaminya pula memperoleh pendapatan bulanan RM8,000. Seorang wanita stres dengan sikap ibu mentunya. -Gambar hiasan Menurutnya lagi, suaminya tidak mempunyai komitmen lain seperti pinjaman bank dan kereta yang digunakan kini adalah miliknya. "Duit simpanan I lagi banyak daripada suami. Ibu mentua selalu suruh I jual kuih. Padahal dia tak tahu anak dia selalu pinjam duit I dulu. "Husband I anak mak, mak dia pula perangai macam tu. Abang ipar I tegas, cakap je tak ada duit. I fikir ibu mentua tu mesti fikir kami kaya sebab tak ada anak. "Padahal kami pun berjimat. Stres, nak tegur pun tak boleh. Kadang-kadang rasa nak cerai je. Biarlah suami I kahwin dengan mak dia," sindirnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube