suria

Tak mahu dengar tetamu ‘judge’ pelamin tak cantik, lelaki elak buat majlis sanding... Rela belanja RM20,000 pergi bulan madu

Kos perbelanjaan untuk kenduri kahwin semakin tinggi. -Gambar hiasan The Star

MAJLIS perkahwinan atau walimatulurus diadakan bagi meraikan pasangan pengantin baharu dan kebiasaannya ia diadakan mengikut kemampuan masing-masing.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ramai yang gemar membuat reviu tentang hidangan yang disajikan di majlis keraian sehingga ada yang mengguris hati tuan rumah.

Senario yang berlaku itu membuatkan sesetengah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga lebih memilih majlis minimalis dan simple.

Berkongsi pandangan sama, Farid Affy berkata, kos perbelanjaan untuk majlis kahwin sepatutnya digunakan untuk membeli barang kelengkapan rumah atau bulan madu.

Kebanyakan pengantin akan mengenakan busana yang unik dan cantik. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan pengantin akan mengenakan busana yang unik dan cantik. -Gambar hiasan The Star

"Aku lagi rela spend RM20,000 untuk honeymoon dan barang rumah berbanding majlis sanding," ujarnya ringkas.

Menurutnya lagi, meskipun majlis dibuat dengan sehabis baik namun pasti tidak dapat memuaskan hati para tetamu yang hadir.

Malah katanya, terdapat segelintir tetamu akan mengkritik secara langsung tentang majlis berkenaan sehingga mengguris hati tuan rumah.

"Akhirnya tetamu akan judge juga. Pelamin tak cantik, makanan tak sedap, make up tak naik seri atau kerusi tak cukup," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam alam lain! Gempak majlis kahwin tema Harry Potter, bertuah pengantin perempuan suami tunai impian

ARTIKEL BERKAITAN: Kos RM3,000, pengantin nikah bajet selamat disatukan! Suami pakai seluar singkat, isteri mekap sendiri... Yang penting halal

Meskipun ada yang menyatakan dia boleh menghalang kehadiran 'makcik bawang' dengan menganjurkan majlis secara tertutup, namun katanya ia masih sukar dikawal.

Tambahan pula apabila individu tersebut adalah saudara mara sendiri.

Hantaran dibuat di laman X itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan yang diberikan.

Ramai mak ayah nak majlis meriah dan jemputan ramai sebab nak kutip 'salam kaut'.

WARGA MAYA

"Kenapa kita kena spent berpuluh-puluh ribu untuk puaskan hati strangers? Siapa punya idea ni?

"Seperti satu pembaziran untuk buat grand semata-mata nak capai jangkaan orang. Baik simpan duit tu buat bulan madu.

"Lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit... nak mulakan hidup berdua selepas kahwin, masa sanding orang lain yang jamu mata.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Kalau katering tak sedap, memang saya beritahu keluarga pengantin sebab tak mahu mereka ambil dari servis yang sama untuk anak lain," ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, segelintir lagi beranggapan perkara tersebut sukar direalisasikan kerana kebanyakan tetamu yang hadir adalah kenalan dan rakan kepada ibu bapa pasangan pengantin.

"Perkara ni tak function untuk orang tua kita bro, yang berlambaknya tetamu mereka je.

"Mostly mak ayah nak majlis meriah dan jemputan ramai sebab nak kutip 'salam kaut'. Bayangkan kalau 1,000 jemputan, seorang beri RM10. Mak ayah yang selfish akan kaut semua tu untuk kepentingan mereka.

"Memang aku fikir macam tu tapi mak ayah aku cikgu. Sakit bang, dari Johor sampai Perlis kawan mereka, tak bagi jemput nanti mereka merajuk," ujar segelintir netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain