suria

“Kau masak sebelah kereta aku?” - Wanita geram peniaga di Tasik Titiwangsa bolot tapak parkir, cemarkan tempat riadah

Kehadiran peniaga membuat pengunjung Taman Tasik Titiwangsa tidak selesa.

TAMAN Tasik Titiwangsa sepatutnya menjadi lokasi riadah yang memberi ketenangan jiwa kepada para pengunjung.

Namun, kehadiran para peniaga yang beroperasi tanpa kebenaran di lokasi itu dilihat menimbulkan banyak masalah kepada orang awam.

Terbaharu, seorang pengunjung wanita turut berkongsi cerita tentang peniaga di lokasi itu yang selamba membuka gerai makanan bersebelahan keretanya.

Taman Tasik Titiwangsa - The park is in the heart of the main business district in Kuala Lumpur capital and is frequented by joggers and other city dwellers looking for urban green space.

Taman Tasik Titiwangsa merupakan lokasi riadah popular di ibu kota. -Gambar hiasan

"Pagi ni saya pergi briswalk kat Titiwangsa. Pukul 8 pagi saya dah sampai. Lepas satu pusingan, dalam pukul 8.15 macam tu, saya pergi kat kereta nak ambil air dan kindle.

"Ada orang set up meja betul-betul sebelah kereta saya. Parking masa tu penuh, jadi dia letak meja dia rapat kat sebelah kereta saya," ujarnya menerusi ciapan di laman X.

Lebih teruk, pengadu mendakwa peniaga itu turut memasak menggunakan tong gas bersebelahan keretanya.

Dalam pukul 9 pagi dah ramai mula berniaga dan conquer parking... kadang-kadang dua petak.

PENGUNJUNG

"Saya tanya dia, memang nak buka meja kat sini? Tepi kereta saya? Dia kata ya, nak buka kat sini. Saya cakap belum nak keluar lagi, dia kata tak apa.

"Saya balik semula dalam pukul 9.15 pagi, dia dah siap masak. Kau masak sebelah kereta aku? Dengan dapur gas kat tepi tayar kereta saya.

"Tapi masa saya nak balik tu, kereta sebelah dah tak ada, jadi dia conquer parking sebelah," ujar wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘nasi bajet’ asyik tukar kereta baharu, siap beli Tesla! Jiran depan rumah buat siasatan, akhirnya jumpa jawapan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa gerai kecil jadi viral, peniaga minta ‘content creator’ padam video reviu... Risau gagal layan pelanggan

Dalam hantaran sama, pengadu turut menyuarakan rasa kurang senang dengan kehadiran peniaga yang disifatkannya sebagai perosak lokasi riadah berkenaan.

Malah katanya, sikap tamak peniaga menyebabkan pengunjung yang mahu beriadah terpaksa meletakkan kereta di lokasi yang jauh.

"Dalam pukul 9 pagi dah ramai mula berniaga dan conquer parking. Bukan satu petak je, kadang-kadang dua petak. Kalau petang lagi la.

Residents complain thattheir housing area has too many parked vehicles, sometimes blocking entry to homes. They also say that hawkers round Taman Tasik Titiwangsa have also affected their peace, privacy and security. — FAIHAN GHANI/The Star

Orang ramai menggesa DBKL terus membuat penguatkuasaan di lokasi itu. -Gambar hiasan

"Jadi kalau jogging atau briswalk atau berbasikal, kena sampai sebelum pukul 8 pagi macam tu baru kau dapat parking tepi Taman Tasik Titiwangsa tu.

"Kalau tak, pergi parking jauh. Bencilah, benda ni mencemarkan tempat riadah," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut membuat pautan kepada media sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mereka terus membuat pemantauan di lokasi itu.

Untuk rekod pada 10 Februari lalu DBKL melaksanakan lima tindakan sitaan termasuk mengangkut 130 basikal milik penjaja tanpa lesen dalam tindakan khas siri ke-2 di Taman Tasik Titiwangsa.

Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap aktiviti perniagaan tanpa lesen di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain