“WEY... baby tu tahu ayah dia, bukan main lagi dia berborak dengan ayah dia. Subhanallah.” Demikian antara reaksi warga maya selepas menonton klip video seorang bayi yang kelihatan ‘berbual’ dengan bapanya selepas didukung oleh lelaki tersebut. Babak pertemuan dua beranak tersebut di lapangan terbang baru-baru ini turut mengundang sebak pelayar TikTok selepas pemilik akaun, Reajul Hossain memaklumkan telah terpisah dengan anak dan isterinya selama enam bulan. Menerusi kapsyen, lelaki tersebut meluahkan tentang kesukaran untuk melakukan pertukaran visa sehingga perlu melibatkan perpisahan sementara. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Proses pertukaran visa tu tak mudah. Melibatkan proses perpisahan, air mata dan kerinduan,” coretnya bersama emoji sedih dan bendera Bangladesh. Berkongsi cerita di media sosial, isterinya, Nur Salmi Suhana Norbi berkata, video tersebut dirakam selepas dia dan suami, Mohammad Reajul Hossain berpisah selama enam bulan disebabkan proses penukaran visa pas lawatan kerja sementara (PLKS) kepada visa pasangan. Menurutnya, salah satu syarat yang ditetapkan Jabatan Imigresen bagi pemegang visa PLKS adalah mereka perlu kembali ke negara asal terlebih dahulu dan tinggal di sana untuk satu tempoh masa. ARTIKEL BERKAITAN: Ditemubual media Bangladesh... Wanita Malaysia luah kebahagiaan, mentua layan baik! ‘Cair’ suami tak putus asa minta nombor ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nikah jejaka Bangladesh kenal di kilang! Majlis di kampung suami meriah, dapat layanan VIP - “Tak seteruk kita sangka” “Sekarang dia masuk menggunakan visa pelancong bagi membolehkan permohonan visa pasangan. “Seandainya lulus, dia perlu kembali semula ke negara asal dan masuk (Malaysia) menggunakan visa pasangan pula,” ujarnya memulakan cerita. Menurut wanita berusia 37 tahun itu lagi, suaminya pulang ke Bangladesh semasa usia kandungannya tujuh bulan. “Masa tu visa pekerja dia dah tamat tempoh dan perlu bayar RM4,000 untuk renew, jadi saya minta dia tukar terus kepada visa pasangan supaya tidak perlu melalui proses berulang kali. Gambar pernikahannya di Songkhla. “Awalnya, saya ingatkan hanya sebulan sahaja sebab kami dah berkahwin... rupa-rupanya memang wajib tempoh enam bulan tu dan saya pun tengah hamil. “Jadi, semasa dia sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) 3 Februari hari tu, usia anak baru tiga bulan,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mei 2022. Mengimbau kenangan perkenalan mereka, ibu kepada Rayyan Al Harith ini berkata, dia dan suami pertama kali bertemu di sebuah pusat beli belah yang menjual peralatan komputer. Raya pertama bersama keluarganya di Besut. “Pada masa tu saya tersalah ambil resit kedai dia... saya ambil semua, jadi dia hubungi saya untuk minta balik. “Kali kedua berjumpa tu, kami keluar makan bersama dan selepas setahun perkenalan dia ajak saya berkahwin. “Selepas sahaja habis tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kami pun berkahwin di Songkhla, Thailand,” ujarnya. Menurutnya lagi, perkahwinan tersebut pada asalnya ditentang keluarga dan hanya kakak sulung sahaja yang memberi sokongan. Suaminya ketika berjalan-jalan ke pasar pagi. Bagaimanapun, bapanya masih sudi untuk mewalikan dirinya sebelum disahkan menghidap kanser usus tahap 4, kira-kira enam bulan selepas pernikahan. “Keadaan ayah yang sakit membuatkan ibu akhirnya menerima saya dan suami selepas beberapa kali dipujuk. Masa tu mak datang kedai laptop saya. “Alhamdulillah, sekarang suami saya adalah menantu kesayangan mak. Setiap kali raya pasti akan ada menu Bangladesh. “Mak pun sanggup sediakan apa sahaja bahan yang diperlukan untuk suami memasak termasuk kayu api dan memasak di atas lantai,” tambahnya lagi. Bercerita lanjut, ujarnya, buat masa ini suaminya masih mempunyai kekangan komunikasi dengan keluarga kerana hanya fasih menggunakan bahasa Inggeris. “Dia dah duduk Malaysia sejak lapan tahun dulu sebab belajar di sini dalam jurusan perniagaan. Sekarang usianya 36 tahun. “Selepas habis belajar, dia kembali semula ke Bangladesh tetapi disebabkan kakaknya telah mengikut suami dan berpindah ke Dubai, dia kembali semula ke Malaysia kerana sudah selesa di sini,” katanya yang berasal dari Besut, Terengganu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube