suria

“Aku nampak dia tengah panjat” - Gadis menggigil, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam!

Bilik mandi adalah salah satu tempat yang paling privasi. -Gambar hiasan

JENAYAH seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, malah pemangsanya juga mungkin ada dalam keluarga kita.

Begitulah nasib seorang gadis yang meraih perhatian ramai di laman X apabila mendakwa dia menjadi mangsa nafsu liar abang iparnya.

Dalam pendedahan itu, pengadu berkata dia dihendap oleh abang iparnya ketika sedang mandi, sekali gus membuatkan dia trauma menjalani kehidupan seharian.

mandi2

Pastikan bilik mandi di rumah bebas daripada sebarang lubang atau ruang untuk mengintai. -Gambar hiasan

"Aku selalu balik kerja pukul 10 malam. Dah rehat, pukul 11 baru nak mandi. Memang rutin macam tu. Tapi tiba-tiba entah macam mana, aku perasan setiap kali mandi, mesti ada orang kat sebelah.

"Ada orang masuk kat sebelah tapi tiada bunyi air. Aku pun rasa pelik. Masa aku mandi, apabila aku dengar orang masuk sebelah, cepat-cepat aku berkemban. Aku gigil masa tu, dengan rabunnya.

"Aku nampak dia (abang ipar) tengah panjat ya. Memang s**l sebab dia tak mengaku," dakwa wanita itu yang tidak mendedahkan identitinya.

Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia.

PENGADU

Berang dengan kejadian itu, mangsa turut mengadu tentang apa yang berlaku kepada ibunya sehingga suami kakaknya itu dipulaukan oleh keluarga.

"Aku trauma juga. Mak peluk dan pujuk aku supaya tak menangis. Akak aku terdiam (apabila dapat tahu) sebab masa tu dia tengah makan. Dia terperanjat.

"Abang ipar kena pulau juga dengan keluarga aku. Sebab mak aku beritahu semua biar dia tahu benda tu salah dan memalukan. Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Faraid dah selesai agih, lelaki rimas kakak ipar masih minta duit selepas arwah abang meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga buat isteri macam ‘bank’, adik ipar pula ‘kaki pau’! Suami B40 tak mampu halang, kerja siang malam - “Satu sen pun aku tak sentuh”

"Adik-beradik aku pun faham. Kalau aku dengus ke apa, mesti sebab abang ipar aku ada. Sebab memang benci dan aku masih menggigil geram dan takut ya," ceritanya lagi.

Pengadu bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya dia menumpang di rumah kakak dan abang iparnya ataupun pasangan itu menetap bersama di rumah ibu bapanya.

Pendedahan gadis itu meraih perhatian ramai di platform X, malah ramai netizen turut memuji sikap keluarganya yang tidak 'memberi muka' kepada abang iparnya.

"Nasib keluarga semua jenis faham. Ada keluarga tak faham dan salahkan mangsa balik.

1 (1)

Ahli keluarga perempuan perlu menjaga batas mereka dengan abang ipar. -Gambar hiasan

"Bagus berani bersuara. Orang mengintai sama je level dengan merogol. Memang bahaya.

"Aku pun mangsa intai dan raba abang ipar. Dulu aku buat report, tapi atas desakan keluarga, kena tarik balik," ujar beberapa individu.

Pada masa sama, ramai yang turut memberi nasihat agar mana-mana pasangan berkahwin supaya keluar daripada rumah keluarga masing-masing.

Malah, gadis-gadis bujang juga disaran agar tidak menumpang di rumah adik-beradik yang telah berkahwin.

"Kalau boleh elak serumah dengan abang ipar. Kalau mandi tu tolong pakai kain basahan dan selepas keluar, pakai baju lengkap.

"Orang yang dah berkahwin ni pun tak bertanggungjawab. Ada ke patut masih duduk dengan adik-beradik dan mak ayah?

"Adik perempuan tak payahlah duduk rumah kakak. Kalau abang betul tak apa. Tak manis orang tua cakap," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain