suria

Isteri kemaruk ‘live’ dengan lelaki lain, melarat sampai atas katil! Paling biadab berani campak makanan ke muka suami lepas ditegur!

Salah guna media sosial boleh mendatangkan banyak kesan negatif. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN masyarakat masa kini gemar menghabiskan masa di media sosial.

Bagi golongan suri rumah, ia menjadi antara ‘hiburan’ ringkas bagi melepaskan lelah tatkala pasangan dan anak-anak sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Namun tidak kurang juga yang menjadikan platform itu sebagai lubuk mencari rezeki tambahan, mendapatkan kenalan mahupun meluahkan isi hati sehingga ada yang ‘kemaruk’ dan menghabiskan sepenuh masa dengannya.

Perkara sama turut terjadi kepada pasangan lelaki ini yang sering menghabiskan waktu melayari media sosial serta membuat siaran langsung (live).

Kebanyakan suri rumah gemar menghabiskan masa melayari media sosial. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan suri rumah gemar menghabiskan masa melayari media sosial. -Gambar hiasan The Star

Kisahnya itu dikongsikan semula oleh seorang peguam syarie yang mengendalikan kes penceraian lelaki terbabit.

Berkongsi cerita, isteri kepada anak guamnya itu dikatakan gemar melakukan live tanpa mengira waktu.

Malah katanya, ia dilakukan bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sehingga lewat malam.

“Isteri dia 'gila' buat live dengan lelaki pada waktu malam di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun kahwin isteri asyik minta cerai, lari rumah mak! Suami disaran bersabar, itu cara orang perempuan gaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi bersusun ‘dating apps’ dalam telefon, isteri suruh sumpah dengan al-Quran janji tak main cinta online

“Kadang-kadang hingga lewat malam, habis segala isi dan sudut dalam rumah sehinggalah atas katil,” ujarnya.

Menurutnya, lelaki tersebut sering menasihati tentang tingkah laku dan kelakuan isterinya yang dianggap tidak sopan kerana sudah berkahwin.

Namun tanpa diduga, baru-baru ini isterinya bertindak agresif apabila ditegur.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut melemparkan makanan ke muka suaminya.

Saya baru lepaskan isteri dua bulan lalu selepas maruah suami diperlekehkan apabila dia kecapi hidup senang.

WARGA MAYA

“Tindakan tersebut membuatkan suaminya melafazkan talak bagi membubarkan ikatan perkahwinan yang terjalin,” jelasnya.

Menurut peguam ini lagi, lafaz yang dibuat di luar mahkamah menyebabkan pasangan terbabit didenda sebanyak RM1,000 bagi pengesahan talak di sebuah mahkamah rendah syariah.

Bercerita lanjut mengenainya, peguam itu memberitahu anak guamnya ditanya oleh hakim tentang tindakan melafazkan talak di luar mahkamah.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan agak mengejutkan sekali gus menggambarkan kekecewaan yang dialami.

Konflik rumah tangga yang berlaku membuatkan pasangan suami isteri memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star

Konflik rumah tangga yang berlaku membuatkan pasangan suami isteri memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star

“Lelaki tersebut menjawab ‘talak adalah hak dan di tangannya... bukan di tangan tuan (hakim). Tugas tuan hanya untuk mengesahkan’.

“Pada masa sama dia cakap yang tiada seorang suami ingin lafaz talak di luar atau dalam mahkamah.

“Namun katanya ia dilakukan selepas maruah diri sebagai suami dan institusi kekeluargaan dikhianati oleh isteri sendiri walaupun berulang kali ditegur,” kongsi peguam itu lagi.

Menyifatkan apa yang dilalui anak guamnya itu sebagai perbuatan curang cara baharu, lelaki terbabit turut menyatakan denda RM1,000 adalah kecil nilainya berbanding maruah diri.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Selain meluahkan rasa simpati terhadap lelaki terbabit, kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan bahawa maruah diri lebih berharga daripada wang ringgit.

"Maruah lebih bernilai daripada wang ringgit, terbaik bang! Hidup perlu diteruskan, semoga diganti dengan yang lebih baik.

"Aku yang single pun tak ada nak live, pelik tengok isteri-isteri sekarang ni live sampai ke pagi. Dalam live gelak dan bersenda gurau, suami dengan anak-anak siapa yang layan?

"Saya baru melepaskan isteri dua bulan lalu selepas maruah suami diperlekehkan apabila dia kecapi hidup senang," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain