suria

Wanita kemas rumah ala kadar, tak pulun mengemas sampai semua nampak sempurna! Hasilnya hidup lebih bahagia, kurang stres

Menguruskan rumah tangga adalah satu tugasan berat buat isteri. -Gambar hiasan

BERGELAR seorang isteri yang menjalankan tugas menguruskan rumah tangga sememangnya memenatkan.

Bagi Adawiyah Abdul Rahman, setelah lama melakukan tugas-tugas di rumah dia kini menyedari dirinya semakin 'malas' untuk mengemas.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, badannya tidak lagi bertenaga dan memerlukan rehat yang lebih.

"Dulu saya selalu rasa penting dan perlunya rumah yang sentiasa kemas dan teratur.

Seorang wanita meluahkan rasa penat mengemas rumah. -Gambar hiasan

"Tapi rupanya sampai satu masa, badan kita semakin tidak larat, jiwa hanya butuhkan kerehatan, otak hanya mahukan ketenangan tanpa perlu memikir itu belum buat, ini belum kemas," ujarnya.

Tidak seperti sebelum ini, Adawiyah mempunyai rutin setiap hujung minggu yang mana dia akan mengemas rumah pada Sabtu.

Namun kini hampir semua aktiviti tersebut tidak dilaksanakan secara berkala demi mengelakkan tekanan emosi akibat bebanan kerja.

"Dulu hari minggu sesi bersihkan rumah, bangun pagi Sabtu sebelum makan tengah hari semuanya harus kemas, habuk dilap, lantai siap bersapu dan bermop, semuanya harus sempurna di pandangan mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online - “Tak mandi seharian, di luar sangat bergaya”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lulus’ memasak, buat kerja rumah... Ibu harap anak lelaki tak susahkan isteri bila dah kahwin nanti, azam nak layan baik menantu

"Tapi di usia sekarang, cukup, lantai tidak berpasir, mata tidak semak memandang. Cukup buat apa yang rasa mampu. Bangun pagi Sabtu. Masak makanan siap, kemas serba sedikit.

"Layan rancangan televisyen dan bergembira dengan anak-anak. Kain, lipat serba sedikit. Tidak perlu paksa diri untuk kesempurnaan yang akhirnya membebankan emosi sendiri," jelasnya.

Malah, hubungannya dengan anak-anak semakin baik dan harmoni kerana tidak lagi perlu memikirkan untuk merapikan rumah seperti sebelum ini.

"Sungguh, emosi stabil, dengan anak-anak semakin harmoni tanpa perlu berbalah hingga mencalar jiwa.

Badan cukup rehat. Minda tenang tak stres dan tak perlu menjadi sempurna.

NETIZEN

"Tidak perlu menjadi sempurna, cukup menjadi bahagia!" katanya lagi mengakhiri hantaran tersebut.

Ternyata, perkongsian tersebut mendapat persetujuan ramai setelah dimuat naik di halaman Facebooknya.

"Setuju sangat-sangat. Badan cukup rehat. Minda tenang tak stres dan tak perlu menjadi sempurna. Cukup sekadar cantik di pandangan kita dan suami anak-anak terurus. Bahagia cara sendiri.

"Setuju. Anak-anak pula kita dah latih sejak kecil tetapi bila dah besar lain pula jadinya. Bila balik ke rumah dari universiti atau asrama tak pula jaga kekemasan rumah sebagaimana kita nak. Kadang tu buat penat saja leter dekat mereka," komen netizen.

Komen netizen pada hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang memiliki pandangan bercanggah dengan Adawiyah.

"Bagi saya rumah perlu kemas. Bila anak-anak sudah usia empat tahun saya ajar kemas barang masing-masing. Saya tak stres anak-anak buat sepah sebab mereka akan kemas sendiri.

"Saya 48 tahun. Masih sentiasa kemas rumah sana sini. Mata tak boleh tengok bersepah. Bangun awal pagi siapkan makan pagi dan tengah hari untuk anak lepas balik sekolah. Balik kerja petang, balik rumah kemas apa yang patut. Sediakan makan malam," komen netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain