suria

Wanita anggap miliki rumah satu pencapaian! Ada yang tak setuju, ‘tepis’ tawaran buat loan bank pun satu kejayaan

Kebanyakan masyarakat masa kini akan membuat pinjaman kewangan bagi memiliki rumah idaman. -Gambar hiasan The Star

LANDSKAP kehidupan masa kini membuatkan kebanyakan individu terpaksa mendapatkan pinjaman kewangan sama ada dari institusi perbankan mahupun syarikat wang berlesen kredit komuniti.

Tanpa bantuan agensi kewangan, pastinya generasi masa kini terpaksa bergantung harap pada pengangkutan awam semata-mata dan hidup menyewa.

Tambahan pula, kos sara hidup semakin meningkat sehingga ramai yang mengakui sukar membuat simpanan peribadi.

Setiap individu ingin memiliki kediaman sendiri. -Gambar hiasan The Star

Setiap individu ingin memiliki kediaman sendiri. -Gambar hiasan The Star

Bagi seorang wanita ini, dia menganggap pemilikan rumah adalah salah satu pencapaian terbaik dalam hidup meskipun terpaksa menanggung hutang berpuluh tahun.

"Orang beli rumah adalah satu pencapaian walaupun berhutang dengan bank dan bukan cash sebab bukan senang nak beli rumah. Sangat rumit," ujarnya.

Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan seorang lelaki di laman X sehingga mendapat pelbagai reaksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli rumah merungut 17 tahun bayar pinjaman tak habis-habis... Netizen tegur suruh tengok perjanjian bank!

ARTIKEL BERKAITAN: Makan kena catu gara-gara hutang keliling pinggang... Pemuda fikir jalan mudah buat pinjaman peribadi demi ’tutup lubang’

Ia berikutan individu tersebut menyatakan mereka yang tiada pinjaman kewangan adalah satu pencapaian terbaik kerana pada masa ini terlalu banyak tawaran berkaitan disediakan.

"Orang tak ada loan is an achievement walaupun tiada sebidang tanah dan hidup berpindah randah.

"Bukan senang ya nak elak hutang... kiri kanan depan belakang orang recommend buat hutang," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kebanyakan tempoh pinjaman yang disediakan mengambil masa yang lama untuk dilangsaikan.

Antara reaksi warga maya tentang pencapaian individu tanpa hutang.

Antara reaksi warga maya tentang pencapaian individu tanpa hutang.

"Jangan la rasa panjang sangat hidup tu," tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut menyanggah pandangan wanita berkenaan kerana pinjaman kewangan adalah satu bebanan.

"Seperti saya hidup bebas hutang. Tapi achievement ini bergantung pada diri masing-masing.

"Betul. Sekarang tengah struggle habiskan loan kereta, saving untuk siapkan rumah. Rezeki sebab arwah ayah ada tinggalkan beberapa lot tanah untuk anak-anak. InshaAllah nak settle down kat kampung, biar hidup sederhana janji tak berhutang.

"Tapi orang yang tak ada hutang susah nak beli rumah. Ada empat orang yang aku kenal mcam tu... yang kawan-kawan aku ada rumah semua memang ada hutang," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain