suria

Indahnya taubat... Pasangan berzina sebelum nikah diuji rezeki sempit, serba-serbi tak cukup! - “Masa tu tak fikir kifarah”

Mendekatkan diri kepada Allah adalah jalan terbaik untuk mencari ketenangan. -Gambar hiasan

PERKAHWINAN merupakan satu ibadah dan sebagai umat Islam kita kena percaya tentang rezeki Allah selepas berumah tangga.

Bagaimanapun situasi berbeza dilalui pasangan suami isteri ini berikutan pelbagai masalah dialami sejak mereka berkahwin.

Berkongsi cerita di laman X, wanita yang mahu identitinya dirahsiakan itu berkata, sejurus melangsungkan perkahwinan dan tinggal berdua dengan suaminya, kehidupan dia sekeluarga dipenuhi liku.

Mereka yang pernah melakukan maksiat dan dosa dianjurkan untuk melakukan sunat taubat. -Gambar hiasan

Mereka yang pernah melakukan maksiat dan dosa dianjurkan untuk melakukan sunat taubat. -Gambar hiasan

Malah dia ditimpa dengan pelbagai masalah sehingga disifatkan sebagai ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Selepas kahwin banyak masalah datang... sampai satu tahap aku persoalkan pada Tuhan sama ada salahkah keputusan aku berkahwin.

“Bukan je jatuh terduduk, aku menangis meraung berjam pun pernah. Terlampau banyak masalah daripada segala sudut sampai aku dah tak percaya yang orang cakap kononnya ada rezeki lepas kahwin,” luahnya sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa tinggalkan bil elektrik tertunggak lebih 20K! Ramai salahkan tuan rumah, ada yang kata kifarah sebab beli kediaman tujuan bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan ‘panas’, kerap gaduh selepas bertunang... Wanita tetap bertahan, anggap kifarah sebab dah terlanjur

Mengakui tertekan dengan apa yang berlaku, wanita ini beranggapan situasi yang menimpanya itu adalah kifarah atas dosa yang dilakukannya bersama pasangan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Akuinya, dia sering melakukan perkara maksiat bersama pasangan.

“Sebelum nikah, aku aktif dengan aktiviti seks. Waktu tu banyak perkara haram yang dibuat bersama teman lelaki yang kini bergelar suami.

Banyakkan bertaubat... tapi apa pun tahniah kerana anda telah berubah menjadi lebih baik.

WARGA MAYA

“Masa tu tak terfikir pasal kifarah sebab perkara dosa memang seronok buat,” ujarnya yang mula menginsafi diri dan meninggalkan perkara sia-sia.

Kembali mendekatkan diri dengan ajaran Islam, dia mengakui kehidupannya bersama suami semakin baik.

Malah katanya selepas setahun, keadaannya kembali tenang dan dilimpahkan dengan rezeki.

Kebanyakan warga maya memuji sikapnya yang menyedari kesilapan diri dan insaf.

Kebanyakan warga maya memuji sikapnya yang menyedari kesilapan diri dan insaf.

“Alhamdulillah, after years kami dah mula tenang balik. Mula istiqamah dan dekatkan diri dengan Tuhan.

“Kalau diberi pilihan sama ada kembali ke masa diuji, memang aku tak sanggup,” tambahnya.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai tampil memberikan pandangan masing-masing.

Rata-ratanya mengakui perbuatan maksiat seperti zina sememangnya mengakibatkan rezeki seseorang itu sempit.

“Berzina ni confirm sempit rezeki. Tak sekarang, kemudian hari... yang makin kaya walaupun berzina, itu adalah istidraj.

“Anon dan husband banyakkan bertaubat tapi apa pun tahniah kerana anda telah berubah menjadi lebih baik. Kepada muslim kaki zina dekat laman X, mohon bertaubat juga... Allah itu Maha Pemaaf.

”Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan anon, diberikan rezeki yang luas dan berkat serta diberikan kesihatan yang baik,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain