suria

Makcik ‘kepochi’ sibuk tanya pasal ansuran kereta, pertikai gaji kecil! Wanita beri jawapan ‘pedas’ bikin gaduh laki bini

Seorang wanita menjawab soalan seorang makcik dengan memberi jawapan sinis. -Gambar hiasan

SIKAP individu suka menyibuk hal orang lain, malah langsung tidak ada kena mengena dengan dirinya sering dilihat dalam kalangan kita.

Seperti yang dikongsikan Ramlah Jais di Facebook, dia mengimbas situasi berdepan dengan seorang makcik yang dilabel sebagai 'jiran kepochi'.

Ramlah berkata setiap kali mereka berdua bersua, makcik tersebut sering bertanyakan tentang bayaran ansuran kereta yang sedang digunakannya.

"Saya ingat dulu-dulu. Ada makcik ni sibuk tanya saya siapa bayar kereta yang saya pakai.

Sesetengah orang kurang sensitif tentang perasaan orang lain. -Gambar hiasan

"Bukan sekali dua tapi banyak kali. Saya diam dan senyum je selalunya. Tapi ada satu hari yang dingin dan angin sepoi-sepoi bahasa serta daun berguguran.

"Terjumpalah dia. Makcik ni tanya lagi dengan bibir yang terjuih tu," katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Ramlah, dalam pertemuan itu dia sekali lagi diajukan soalan sama.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini pertanyaan makcik berkenaan mendapat respons positif, membuatkan dia sangat teruja untuk mengetahui tentang individu yang membayarkan hutang kereta Ramlah.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang nak seronok-seronok beraya, sibuk tanya tentang zuriat... Wanita ini stres, menangis tiap kali datang haid!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kan semua nak beritahu orang?” - Selepas 7 tahun menunggu, sabar ‘hadap’ soalan sensitif... pasangan TTC masih harap timang zuriat tahun 2022

"Saya tak berapa dapat tahan sabar. Saya tanya, kenapa makcik? Asyik tanya kereta saya siapa bayar? Yelah! Kamu bukan kerja besar pun. Tu yang makcik tanya kereta siapa bayar.

"Mau juga RM300-RM400 sebulan kan. Tak lah. Kereta ni bukan saya bayar pun. Haaa.. habis tu siapa bayar? Bulat mata dia. Tapi makcik janganlah bagitahu sesiapa. Saya tak nak panjangkan cerita.

"Masa ni mata makcik tu dah lebih besar dari biji petai. Lagi tak tahan ekspresi muka ingin tahu dia tu. Macam dah bersedia nak bagitahu satu kampung siapa yang bayar kereta saya!" katanya mengimbas kembali dialog perbualan mereka berdua.

Setelah diasak beberapa kali oleh makcik tersebut, Ramlah akhirnya memberitahunya perkara 'sebenar'.

Padan muka makcik tu, sibuk sangat nak tahu kan.

RAMLAH

"Siapa? Cakaplah. Tak lah eh makcik nak bagitahu sesiapa. Buat apa nak bagitahu orang," makcik tersebut nampaknya sudah tidak sabar mendapat kepastian.

Melihat reaksinya, Ramlah terus menjelaskan bahawa kereta yang dipandunya selama ini dibayar oleh suami kepada makcik tu sendiri.

Bagaimanapun, Ramlah dipercayai hanya memberikan jawapan 'sindiran' kerana sudah tidak tahan dengan sikap makcik tersebut yang suka menjaga tepi kain orang.

"Suami makcik lah yang bayar! Makcik jangan beritahu orang ya. Saya pun naik kereta dan jalan.

"Padan muka makcik tu, sibuk sangat nak tahu kan. Lantaklah dia nak bergaduh ke apa dengan suami dia, asalkan hati saya puas!" katanya lagi.

Komen netizen pada hantaran asal.

Kisah yang dikongsikan ini ternyata meraih perhatian netizen dan rata-rata terhibur membaca jawapan Ramlah.

Hantaran tersebut juga menerima pelbagai komen lucu apabila mereka memahami situasi yang perlu dihadapi Ramlah.

"Esok tu makcik tu masuk hospital Ampang.

"Ambil kau. Tak boleh tidur malam la tu kan.

"Percubaan yang tidak mengecewakan. Garapan yang agak 'garing' yang belum mencapai tahap bagus. Harum semerbak seluruh rumah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain