PENYEWA culas tidak mengira siapa, ini termasuklah mereka yang menyewa banglo! Tunggakan sewa bukan sedikit, tapi sehingga mencecah RM50,000! Itu belum lagi termasuk bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM8,000. Begitulah pendedahan pemilik sebuah banglo tiga tingkat dan dilengkapi 10 bilik tidur apabila penyewanya tidak bertanggungjawab melarikan diri tanpa membayar sewa selama lima bulan. Keadaan banglo sewa yang bersepah dengan sampah-sarap. Bercakap kepada mStar, pemilik rumah, Datuk Seri Hanni Borhan berkata, dia mendapat tahu mengenai tunggakan sewa selepas dihubungi pihak bank. “Penyewa dah tak bayar selama lima bulan sebelum kami dapat tahu daripada pihak komuniti yang mereka berpindah keluar bawa barang sedikit demi sedikit dalam tempoh dua minggu. “Pada mulanya, saya mendapat tahu hanya selepas pihak bank menghubungi saya dan memaklumkan terdapat tunggakan bank loan sebab pembayaran daripada penyewa selama ini dibuat terus ke dalam akaun yang digunakan untuk pembayaran ansuran pinjaman bank. “Banglo disewa kepada penyewa tersebut sebanyak RM10,000 sebulan. Jumlah tunggakan sewa termasuk bil elektrik tertunggak adalah RM58,000,” katanya ketika dihubungi. Keadaan kolam renang yang terbiar. Mengenai banglo itu yang terletak di Shah Alam, Selangor, wanita ini yang lebih dikenali sebagai Mem Hanni berkata, wakil komuniti pelik kerana tidak mendapat sebarang maklumat daripada pihaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa tak bayar bil elektrik lebih RM3,000, beri alasan 'deal' dengan staf TNB... Tuan rumah sedih tengok rumah ARTIKEL BERKAITAN: Buruknya perangai! Penyewa pindah diam-diam... banyak tinggalan untuk tuan rumah termasuklah tahi tikus, lampin bernajis dan bil RM3,000 “Apabila pihak komuniti tanya, penyewa kata kontrak dah tamat,” ujarnya sambil menambah banglo itu dihuni oleh pasangan suami isteri dari Taiwan yang menguruskan penginapan pelajar-pelajar dari negara itu. Keadaan beberapa bahagian rumah selepas ditinggalkan penyewa bermasalah. Bukan sahaja melarikan diri dengan tidak membayar sewa dan bil elektrik, malah banglo juga didapati tidak diuruskan dengan baik. “Banglo juga tidak diurus dengan baik. Ada banyak kerosakan seperti pam kolam renang, mereka tak servis hingga rosak, pemanas air utama yang bekalkan untuk seluruh bilik air juga tidak berfungsi dengan baik, pam hidraulik pada pagar rosak hingga tak boleh buka sepenuhnya dan kunci pintu utama pun bermasalah. Banglo juga tidak diurus dengan baik. Ada banyak kerosakan. DATUK SERI HANNI BORHAN PEMILIK BANGLO “Anggaran kerugian sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membaiki yang rosak, termasuk upah cuci kolam renang dan membersihkan rumah,” ujar wanita berusia 43 tahun itu. Mengulas lanjut, Hanni yang merupakan suri rumah cuba menghubungi penyewa berkenaan tetapi tiada jawapan sebelum mendapatkan nasihat peguam dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Pintu dikunci bagi mengelakkan rumah diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab. Hanni yang berkata, penyewa tersebut masih dalam kontrak sewaan selama tiga tahun sejak November 2022. “Kami hanya sambung kontrak bermula 2023 atas permintaan mereka dengan alasan susah nak cari rumah lain waktu itu. Awal penyewaan memang tiada masalah bayaran sewa. “Isu berbangkit membabitkan penyewa sebenarnya boleh dijadikan pengajaran kepada diri sendiri supaya menyiasat status penyewa dengan tepat. “Selepas ini saya akan minta butiran peribadi penyewa yang mahu tinggal di dalam rumah tu, termasuk butiran syarikat mereka bagi mengelakkan ditipu lagi,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube