BAGI mereka yang kurang berkemampuan, memiliki sebuah kereta terpakai juga dianggap satu nikmat kerana ia boleh digunakan bagi memudahkan urusan harian. Pertimbangan sama dibuat pasangan ini apabila mereka berhasrat membeli sebuah kereta terpakai untuk menguruskan hal keluarga. Bagi meneruskan niat itu, si isteri berkata dia suaminya berkunjung ke sebuah pusat jualan kereta terpakai. Kereta terpakai dijual semakin menjadi pilihan orang ramai. -Gambar hiasan "Disebabkan saya tak bekerja dan suami disenaraihitamkan, jadi premis tu cadangkan saya menggunakan pinjaman kedai. "Pada masa tu saya terdesak mencari kereta untuk digunakan bagi menghantar anak ke sekolah," ujar wanita itu memulakan cerita. Sebagai tanda setuju membeli kereta yang sesuai dengan bajet, mereka membayar sejumlah wang deposit. Namun berdasarkan perkongsian di grup Facebook Tanya Peguam, wanita itu berkata masalah mula timbul apabila dia mahu membatalkan hasrat untuk meneruskan proses pembelian. ARTIKEL BERKAITAN: Setia guna Saga Aeroback tapi owner pelik orang sekarang malu naik kereta lama, sanggup guna hak orang lain demi gaya ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda umur 19 tahun sanggup habis duit make-over Proton Saga usia 31 tahun, masa kecil pernah duduk dalam but nak pergi beli baju raya Ujarnya dia dan suami mengubah fikiran selepas mengambil kira kadar faedah yang bakal dikenakan untuk membeli kereta berkenaan. "Sebelum pinjaman lulus saya kena bayar deposit sebanyak RM1,000 dan saya telah membuat bayaran. Hanya resit pembayaran je saya ada. "Setelah berfikir semula kerana interest (kadar faedah) pinjaman kedai ni agak tinggi, saya tak jadi nak membeli kereta. Saya belum tandatangan agreement (perjanjian) lagi. "Masalahnya sekarang ni duit deposit saya tu, kedai used car tak nak pulangkan semula. Saya bukan orang senang. RM1,000 tu besar bagi saya," katanya. Kalau saya orang senang, saya beli kereta baharu. PENGADU Tambah wanita itu, pihak kedai memaklumkan wang pendahuluan mereka sudah pun digunakan untuk penyelenggaraan kereta yang ditempah. Akibat buntu dengan situasi dialami, wanita ini meminta pendapat orang ramai bagi menyelesaikan masalah berkenaan. "Kalau saya orang senang, saya beli kereta baharu. Pelbagai alasan kedai tu bagi. Servis dan bateri kereta sudah ditukar. Tapi takkan la sehingga RM1,000. "Harap semua jangan kecam saya. Bagaimanakah cara nak dapatkan balik deposit saya. Sekurang-kurangnya separuh pun jadi la," ujarnya. Komen netizen pada hantaran dibuat. Susulan itu netizen cuba membantu pengadu dengan memberikan beberapa cadangan. "Cuba buat laporan dengan tribunal pengguna sebab sepatutnya bayaran tempahan tu kena pulangkan semula sebab belum tandatangan apa-apa agreement lagi "Harap 'tuan tanah' kekal dengan keputusan tak meneruskan pinjaman. Baik rugi RM1,000 daripada duduk kena 'tarah' dengan loan kedai. Boleh cuba usahakan lagi untuk dapatkan balik deposit," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube