suria

3 minggu mencuba, doa hamil makbul! Suami senyum meleret bakal jadi ayah, isteri gembira mengandung serentak dengan ibu

Amirul gembira selepas melihat kit ujian yang ditunjukkan oleh isteri.

TAK lekang senyuman yang terukir di wajah seorang suami selepas menerima khabar gembira daripada isterinya.

Menurut isterinya, Umi Nazira Othman, 25, dia merakam momen bersejarah itu sewaktu suaminya, Amirul Syafiq Azwa, 29, mahu keluar bekerja di sebuah kedai serbaneka di Pahang.

Mesra disapa Umi, katanya, kejutan buat suami dibuat sewaktu mereka berada di rumah mentuanya di Kuantan, Pahang.

"Masa tu sepatutnya saya dah datang bulan tapi terlajak sampai tiga hari. Saya asyik muntah saja lepas makan.

Umi dan Amirul mula bercinta lima tahun lalu.

"Suami sangat teruja sampai pergi beli kit ujian UPT (urine pregnancy test) dekat farmasi. Lepas saya buat test tu, naik dua garisan. Gelabah juga fikir macam mana nak beritahu suami.

"Dalam masa 20 minit selepas tunggu suami bersiap, saya pun beritahu dia yang saya mengandung... saya buat macam apa yang dilihat dalam video tu," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut, Umi yang berasal dari Wakaf Tapai, Terengganu berkata dia sebenarnya berharap hamil lebih awal untuk membuat kejutan dan hadiah sempena hari lahir suaminya pada 24 Februari lalu.

Namun, dia yang bernikah pada 2 Februari lalu akur masih tidak diberikan rezeki untuk hamil kerana hasil ujian pada kit ujian UTP ketika itu menunjukkan keputusan negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ikhtiar tapi masih gagal! Pejuang dua garis patut elak 3 bahan ini dalam produk harian

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar percaya tengok kit kehamilan, isteri kena tunjuk jenis ‘paling mahal’! Suami nangis 3 kali, terus sujud syukur

"Saya kenal suami sejak lima tahun dulu. Banyak dugaan kami tempuh sebelum berkahwin termasuklah duit simpanan untuk majlis kahwin pada 10 Februari lesap sebanyak RM3,000.

"Tapi saya bersyukur dengan keizinan Allah kami berkahwin juga tahun ni. Suami merupakan cinta pertama saya. Dari kami bercinta dulu, hadiah birthday yang dia nak sangat adalah 'double line' di UPT.

"Lama dah suami cakap nak ada baby... sepanjang tiga minggu kami mencuba saya buat ujian sebanyak tiga kali termasuklah ujian dekat klinik tapi masih negatif. Sampailah saya lambat period tiga hari tu barulah tahu mengandung," ujarnya.

Jelas Umi, selain bersyukur dia juga berasa senang hati apabila mendapat layanan istimewa bak puteri daripada Amirul selepas khabar baik itu dikongsikan.

Masa hari lahir suami tu keputusan kit masih negatif.

UMI NAZIRA

"Saya masih belum tahu usia kandungan sebab belum sempat pergi klinik. Tapi sejak suami tahu saya mengandung, dia makin rajin bantu buat kerja rumah.

"Dia basuh baju, sama-sama jemur dekat ampaian dan lipat kain. Amirul akan hidang makanan setiap kali kami makan sama-sama. Nak makan apa tak kira dekat atau jauh suami layankan je," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan tidak mengandung bersendirian kerana ibunya juga kini sedang 'berbadan dua'.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Februari lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh ibunya seminggu sebelum Umi mendapat tahu dirinya juga hamil.

"Masa hari lahir suami tu keputusan kit masih negatif. Sedih juga sebab dia paling berharap saya mengandung.

"Saya pula, seminggu sebelum pergi ke Kuantan dapat tahu ibu mengandung. Dah dekat dua minggu saya dekat sini, dapat tahu sedang hamil juga.

"Apa-apa pun saya tak kisah pasal jantina bayi kami. Lelaki ke perempuan saya terima yang penting dia 'keluar' dengan sihat dan selamat saja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain