suria

Demi sara keluarga abang, adik bergaji tinggi ‘catu’ kehendak! Sedih nak beli ‘milk tea’ pun fikir banyak kali, mujur pengorbanan berbaloi

Segeralah berjumpa dengan psikiatris sekiranya mempunyai masalah mental. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN selepas bekahwin bukanlah sesuatu yang mudah kerana ujian dan rintangan yang muncul ada kala tidak pernah diduga.

Menerusi perkongsian seorang pengguna X, dia menceritakan tentang rumah tangga abangnya yang terjejas selepas lelaki itu membuat keputusan untuk berhenti kerja serta merta.

Keadaan kesihatan mental yang tidak stabil merupakan punca kepada peletakan jawatan tersebut.

"Kakak ipar telefon saya dan menangis, rupanya abang saya dah beberapa bulan berhenti kerja sebab depression," katanya memulakan cerita.

Menurutnya, disebabkan ketua keluarga sudah tidak bekerja mereka sekeluarga hilang arah tuju kerana hilang sebahagian besar punca pendapatan.

Mereka tidak lagi mampu untuk membayar ansuran bulanan rumah dan kereta, upah pengasuh, malah terpaksa membayar pampasan kepada syarikat kerana melanggar kontrak dalam notis peletakan jawatan.

Abangnya kini pendiam dan lebih suka menyendiri. -Gambar hiasan

Adik risau apabila abangnya berubah sikap menjadi pendiam dan suka menyendiri. -Gambar hiasan

Sebagai seorang adik yang belum berkahwin, mempunyai pendapatan tetap dan gaji yang melebihi keperluan dia terpanggil untuk membantu keluarga abangnya.

Tambahnya lagi, sikap abangnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang pendiam, banyak termenung seolah-olah trauma, menyebabkan dia tidak menunjukkan usaha untuk mencari kerja.

"Jadi saya masuk campur dalam kehidupan mereka. Pujuk abang, jumpa cerita semua masalah dengan mak ayah. Saya bayarkan sesi jumpa psychiatrist untuk dia, bayar loan yang tertunggak dan ansuran bulanan yang my SIL (kakak ipar) tak mampu.

"Saya order barang keperluan setiap bulan untuk mereka. Manjakan anak buah hari-hari order mainan, baju, buku online. Bayar tiket kapal terbang untuk mak ayah selalu lawat mereka dan sendiri pun selalu ke sana tengok keadaan mereka," katanya.

Pendek kata sebagai seorang adik dia banyak mengorbankan kemahuan sendiri malah telah mencatu beberapa kehendak yang tidak penting.

"Gaji dan saving yang dulu rasa banyak tu dah kena hadkan sebab kena share dengan family. Semua kena catu, nak beli apa kena fikir lama dulu risau saya masih ikutkan nafsu yang dulu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bakal muflis ibarat hilang segalanya! Bisnes rugi, aset ditarik... Paling sedih isteri pun menjauh

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik cleaner ‘dibuang’ selepas berkorban! Berhenti belajar sebab mak ayah miskin, adik beradik kerja hebat lupa daratan

Dia turut menceritakan satu situasi di mana dia perlu bekerja di luar dan cuaca sangat panas menyebabkan dia sangat dahaga.

"Terdetik teringin Tealive (minuman berasaskan teh). Parking je kereta depan Tealive tu, saya mula la fikir membazir la, minum air masak je la, duit tu baik belanja anak buah la.

"Sampai la saya nangis. Tealive je pun itu pun saya tak mampu nak beli sesuka hati dah. Lama saya nangis dalam kereta tu," katanya.

Di kala si adik berasa tertekan dengan yang sedang dihadapi, dia mendapat pesanan teks yang menyentuh hati daripada abangnya.

Menurutnya, membaca mesej tersebut terus membuatkan dia sejuk hati kerana pengorbanannya selama ini bukan sia-sia.

"Tiba-tiba dapat WhatsApp daripada abang. Dia minta maaf sebab susahkan saya, akan cuba jadi yang lebih baik dan balas jasa saya.

"Dia rasa tak mampu nak kerja dalam syarikat lagi so baru-baru ni mula buat Grabfood. Dia ucap terima kasih.

"Apalah sangat Tealive tu, sejuk tekak berapa minit je nak dibandingkan sejuk hati saya baca WhatsApp abang. Berbaloi korban wang, tenaga, semualah!" katanya.

Family comes first.

Netizen

Tindakan individu itu telah mendapat perhatian warganet di laman X.

Rata-rata dapat mengaitkan situasi yang sedang atau pernah mereka alami dengan kisah individu itu.

Malah posting tersebut dihujani komen-komen pujian untuk dirinya.

"Menitis air mata baca pasal anon. Semoga Allah permudahakan urusan urusan you dan dimurahkan rezeki you. Siapa yang terlalu sayangkan adik beradik dia akan sanggup berkorban sebenarnya. If jadi pada I pun, I rasa akan buat macam anon.

"Totally can relate. Family comes first. Untuk diri sendiri, sangat berkira, tapi untuk family apa-apa pun tak kisah, bagi je selagi mampu. Percaya dengan rezeki Tuhan, dalam apa yang kita bagi pada org lain, itulah sebenar2nya rezeki kte.

"Kita nangis baca thread ni anon, semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati untuk anon dan juga abang... Amin," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain