suria

“Sejuk macam masak semalam” - Serik beli makanan tak kena dengan tekak, dah setahun individu ini boikot bazar Ramadan

Kemeriahan di bazar Ramadan dengan kebanjiran pengunjung dan aneka juadah. -Gambar hiasan/The Star

BULAN puasa begitu sinonim dengan bazar Ramadan.

Boleh dikatakan lebih sebahagian daripada umat Islam di negara ini memilih untuk membeli juadah di bazar Ramadan bagi menjimatkan masa selepas separuh hari bekerja.

Namun begitu, dengan pelbagai perkongsian pengalaman buruk oleh pengunjung bazar Ramadan di media sosial, ada segelintir yang memilih untuk memboikotnya dan lebih gemar memasak sendiri di rumah.

Begitu juga dengan individu ini yang mengakui memilih untuk memboikot bazar Ramadan sejak setahun lalu, dengan menyenaraikan enam sebab mengapa dia dan keluarganya bertindak sedemikian.

Visit Sek 13 Ramadan Bazar to lookout for interesting food offerings/observe situation.—SHAARI CHEMAT /The Star

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli aneka juadah berbuka puasa. -Gambar hiasan/Shaari Chemat

"Apa punca saya sekeluarga boikot bazar?

"Pertama, mahal tak padan dengan barang yang dapat, kedua; tak kena dengan tekak... kurang rasa atau terlampau manis atau masin. Aku memang cerewet.

"Ketiga, sejuk macam masak semalam atau sekadar panaskan balik," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin ramai peniaga bazar nak cepat kaya... nasi ayam berempah RM15, beli pula samosa dan murtabak ‘sedih’ betul rasanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut murtabak RM20, terus rasa diri tersilap masuk bazar T20 - “Bukan cekik darah, ni cekik pelanggan terus”

Selain itu, faktor lain yang mendorongnya untuk memboikot bazar Ramadan adalah sikap peniaga yang tidak menyediakan juadah dengan sempurna, selain dia kurang gemar bersesak-sesak dengan pengunjung yang lain.

"Apabila dah penat menunggu, tiba-tiba ada yang datang potong queue... penjual pun tak alert siapa yang datang dulu.

"Sejak daripada tahun lepas aku tekad untuk kurangkan pergi bazar, sambil merasa apa saudara kita di Palestin makan apa yang ada.

"Moga saudara kita di sana kenyang seperti kita di sini yang kebanyakannya sampai membazir. Amin," demikian kongsinya.

Potong queue tu memang selalu kena... kejap lagi dia sampai terus pergi depan dan peniaga pun layan dulu.

NETIZEN

Perkongsian individu berkenaan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini bagaimanapun mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Ada di antara mereka yang melontarkan kecaman dan menyifatkannya terlalu cerewet.

"Semua nak perfect ikut cita rasa telunjuk kau je. Apa pun tak boleh.

"Lantak kau la. Duit kau. Aku hari-hari pergi bazar Ramadan tapi aku akan cari yang harga berpatutan. Yang mahal buat apa nak beli. Pilihan masing-masing.

"Tak nak beli duduk rumah diam-diam jangan condemn. Kalau nak betul rasa tekak sendiri, pergi masak sendiri," demikian antara komen netizen.

komen bazar

Reaksi netizen yang pelbagai terhadap perkongsian individu berkenaan.

Bagaimanapun ramai yang turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan selepas pernah mengalami insiden buruk sebagaimana yang dikongsikannya.

"Potong queue tu memang selalu kena. Kita menunggu lama, kejap lagi dia sampai terus pergi depan dan peniaga pun layan dulu.

"Samalah. Saya dah tiga tahun tak masuk bazar, sebab utama adalah harga. Sebab saya orang susah, mungkin peminat bazar ni orang ada-ada saja.

"Ya aku sokong. Lauk pauk, memang aku banned terus. Baik masak sendiri daripada kau bayar dua ketul ayam, (macam) harga seekor ayam," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain