SEORANG wanita meluahkan rasa sedih dengan sikap suaminya yang dikatakan berkira dalam hal mengeluarkan belanja untuk keluarga. Membuat luahan itu menerusi grup Kisah Rumah Tangga, wanita itu berkata dia berasa malu dengan ibunya setiap kali mengenangkan sikap suami. Lebih menyedihkan, dia sedang sakit dan tidak boleh berdiri justeru bantuan ibu diperlukan untuk memasak juadah berbuka puasa dan sahur sepanjang bulan Ramadan. Seorang wanita tidak boleh berdiri lama kerana mengalami penyakit kronik. -Gambar hiasan "Saya nak tanya pendapat dalam hal duit makan dan minum. Nak singkatkan cerita, saya ni pesakit kronik. Nak masak apa semua tak boleh sebab tak mampu berdiri lama-lama. "Bulan Ramadan ni saya ada la berbincang dengan suami, nak berbuka puasa dan sahur rumah mak saya. Alhamdulillah suami izinkan. "Tapi saya tak suka sikap (kedekut) bagi duit dapur untuk masak di rumah mak saya dengan jumlah terlalu sikit. Satu minggu suami nak bagi RM100 untuk mak belikan lauk mentah," ujarnya. Situasi ini menyebabkan dia berasa terkilan kerana menganggap suaminya seorang yang terlalu berkira untuk memberi makan anak dan isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun ‘honeymoon’, hari-hari suami belikan makanan... Isteri tak pandai masak akhirnya sedar diri, kini pandai buat asam pedas! ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak Dalam hantaran sama, wanita ini turut mempersoalkan tindakan suaminya yang memberikan wang lebih kepada bapa mentuanya. "Suami bandingkan mak saya dengan ayah dia. Suami bagitahu RM100 cukup dah makan satu minggu untuk tujuh orang. Nak kata suami tak mampu, terlebih mampu. Sepatutnya anak ringankan kerja mak ayah. Duduk rumah sendiri suruh suami beli semua keperluan. NETIZEN "Anak-anak saya ni bila puasa mestilah minta nenek mereka masak macam-macam. Suami saya bandingkan dengan ayahnya, 'cukup je' dia cakap macam ni pada saya. Saya terpaksa keluarkan duit simpanan untuk mak beli barang basah bagi kami makan. "Suami bagi duit makan pada ayah dia. 'Cukup je' tu pun tiga bulan sekali tapi dengan jumlah yang lebih la sekitar RM2,000. Tapi saya dan anak-anak tak pergi makan rumah ayah mentua," katanya lagi. Selepas luahannya disiarkan di Facebook, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat mereka. Rata-ratanya memberikan cadangan supaya wanita ini tidak membebankan ibu dengan menyuruhnya memasak. Komen netizen pada hantaran asal. "Kasihan la mak kau masak untuk sembilan hingga 10 orang. Duduk rumah sendiri la. Bawa turun dapur gas masak dekat lantai. Masak la bersila. Kena ikut kemampuan. "Tak boleh la menyusahkan mak ayah. Mereka sudah berusia. Sepatutnya anak ringankan kerja mak ayah. Duduk rumah sendiri suruh suami beli semua keperluan. Anak ramai kan, ajak tolong buat kerja rumah. "Senang je ni tak payah buka puasa dekat rumah mak. Kasihan dia nak kena masak banyak-banyak. Suruh je suami tu tapau lauk. Suruh je anak tujuh orang tu masak nasi. Jangan cakap sorang pun tak reti masak nasi pula," ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube