TREND perkahwinan besar-besaran masa kini membuatkan ramai yang sanggup membuat pinjaman daripada institusi kewangan. Amalan ini menyebabkan ada pasangan berdepan kesukaran untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri disebabkan bebanan hutang yang tinggi. Menyedari cabaran kehidupan selepas perkahwinan, seorang bakal suami cuba membuat persediaan awal dari segi melengkapkan rumah yang akan diduduki bersama isteri tercinta. Bagaimanapun, tindakannya itu dilakukan dengan 'berlebih-lebihan'. Persiapan perkahwinan memerlukan kos yang tinggi. -Gambar hiasan Perkara ini diceritakan oleh tunangnya yang berasa tertekan dan bimbang sekiranya duit hantaran yang dijanjikan oleh bakal suami tidak diterima. Meluahkannya di laman Facebook, wanita itu berkata, disebabkan membuat persiapan rumah yang akan diduduki mereka, bakal suaminya mula mempersoalkan tentang kegunaan duit hantaran yang telah ditetapkan. "Tunang saya tiba-tiba 'short' (tak cukup) duit kahwin sebab dia dah spent (belanja) untuk rumah dan keperluan rumah banyak sangat sedangkan saya dah cakap nanti-nanti boleh lengkapkan. "Tapi dia ignore dan teruskan juga... tiba-tiba dia rasa dah banyak sangat spent untuk rumah dan cakap (jumlah) hantaran tinggi, mas kahwin pun tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu dengar tetamu ‘judge’ pelamin tak cantik, lelaki elak buat majlis sanding... Rela belanja RM20,000 pergi bulan madu ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum kahwin sudah tanggung teman lelaki, wanita bergaji besar mula was-was nak nikah... Netizen suruh putus, cari sekufu "Sedangkan tak sampai RM12,000 pun total semuanya," luahnya sayu. Lebih menyedihkan apabila tunangnya turut mempersoalkan tentang kegunaan duit tersebut, termasuk sama-sama membuat perkiraan tentang kos dan perbelanjaan yang menggunakan wang hantaran. "Dia persoalkan saya kenapa nak sangat duit hantaran tu dan nak guna untuk apa," tambahnya lagi. Kalau jenis begini, tak ingin aku nak sehidup semati dengan dia. Aku bye bye je. WARGA MAYA Merasakan tunangnya sangat berkira dalam hal perbelanjaan perkahwinan, wanita ini memutuskan untuk berkongsi nilai hantaran tersebut. Namun malangnya, bakal suami bukan sahaja tidak menghargai malah meminta 'diskaun' lebih banyak. "Saya tak tahu nak buat apa... soalannya tentang hantaran nak buat apa tu saya jawab yang nak top-up kos kenduri dibuat keluarga saya macam kos jurugambar dan make up. "Dia pula tolong kira sekali, macam nak bagi cukup-cukup je untuk semua tu. Sedangkan bukannya nak guna duit hantaran pun," katanya lagi. Netizen memintanya supaya berfikir dengan wajar tentang sikap bakal suami tersebut. Berkongsi lanjut, wanita ini menyatakan dia berhasrat untuk menyimpan duit hantaran tersebut dengan membeli emas sebagai kenang-kenangan. Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya. Rata-ratanya mengesyorkan supaya dia 'menarik diri' lebih awal kerana bakal suaminya disifatkan gemar mengungkit. "Parah jenis kaki ungkit ni, sejenis yang kalau ada masalah terus jadi bodoh kejap. Terbayang nanti lepas kahwin, kalau tak cukup duit... habis segala hantaran mas kahwin diungkit. "Berapa jumlah duit hantaran yang dipersetujui dari awal? Sepatutnya dia tak boleh argue dan tak perlu tanya untuk apa sebab tu kira sebagai hadiah. "Kalau jenis begini, tak ingin aku nak sehidup semati dengan dia. Aku bye bye je," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube