suria

Pekerja spa menangis, menggigil satu badan urus klien gersang... Mujur pandai cari helah, selesai sesi urut terus berhenti kerja

Setiap bidang pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri. -Gambar hiasan (kanan)

MEREKA yang berkecimpung dalam bidang perkhidmatan perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan yang menguji kesabaran.

Antaranya lelaki hidung belang yang sentiasa mencari jalan untuk melampiaskan nafsu.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok pusat kecantikan Seri Wajah Muslimah, didedahkan pengalaman hitam yang dilalui seorang pekerja spa wanita di tempat kerja lamanya.

Wanita mudah menjadi mangsa gangguan seksual. -Gambar hiasan

Mengimbas semula momen penuh trauma tersebut, gadis itu berkata ketika kejadian dia sedang bekerja dengan sebuah spa jenis uniseks (campur lelaki dan perempuan) di sekitar Puchong, Selangor.

"Pada satu hari tu, ada seorang lelaki ni datang ke spa yang aku bekerja dan aku ditugaskan untuk berurusan dengan dia. Semuanya kelihatan normal pada awalnya.

"Cuma ketika aku tengah nak mulakan sesi, lelaki tu tiba-tiba masukkan tangan ke dalam seluar dia. Aku macam terkejut, dah kenapa dia ni? Tapi aku bertahan lagi dan cuba bersangka baik. Aku cakap tak mengapa, iman aku kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jijik raba kemaluan sendiri dalam lif... Seluk seluar depan gadis! - “Saya menggigil, baca macam-macam doa”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ketagih seks terkam budak perempuan di pasar malam! Pernah ugut nak bunuh ibu gara-gara tak dapat duit langgan pelacur

"Tapi tak lama selepas tu, dia mula pegang tangan aku dan kemudiannya naik ke lengan. Terus aku cakap, minta maaf encik, tak boleh, saya tak selesa," rayu wanita itu agar lelaki tersebut menjaga batasan.

Namun, lelaki itu ternyata tidak makan 'saman' dan tanpa segan silu mengajak wanita tersebut untuk turut sama melayan gelora nafsunya.

"Dia boleh cakap, tak mengapa la, bukan ada sesiapa pun nampak apa kita buat dekat sini. Dia siap pujuk aku jangan takut-takut. Aku tak kisah, aku tetap bertegas cakap tak mahu.

"Dalam hati ni hanya Tuhan je tahu betapa seramnya aku... tapi lelaki ni tak nak putus asa.

Jadi aku pun berhenti daripada situ, aku tak boleh terus dera diri aku. Pengalaman tu memang mengerikan.

BEKAS PEKERJA SPA

"Dia sebut macam ni pula, berapa awak nak saya bayar? Awak sebagai perempuan mesti nak duit punya. Bila dengar macam tu, aku tahu dah tak boleh selamatkan situasi ni.

"Keseluruhan badan aku memang menggigil. Aku ligat berfikir cara nak minta diri. Aku cakap, kejap ya encik, saya nak pergi ambil barang kejap. Konon-kononnya," cerita wanita itu.

Sejurus keluar dari bilik dengan lelaki terbabit, wanita itu terus berjuraian air mata.

"Manager aku terus datang pujuk aku. Dia cakap aku kena selesaikan juga sesi dengan lelaki tu sebab dia adalah pelanggan aku. Manager aku cakap tak apa, dia akan teman aku sekali dalam bilik tu sampai selesai semua.

"Aku waktu tu cuba sehabis baik untuk tahan emosi. Jadi, aku masuk semula ke dalam bilik tu sambil ditemani manager aku dan teruskan semua proses. Tangan aku memang terketar-ketar nak pegang badan lelaki tu.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Apabila dah tamat sesi, aku terus terang dengan manager aku, cakap aku dah tak nak buat sesi dengan lelaki. Nak perempuan je. Manager aku macam susah nak benarkan.

"Jadi aku pun berhenti dari situ, aku tak boleh terus dera diri aku. Pengalaman tu memang mengerikan," ujar wanita tersebut menoktahkan perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar tindakan penyelia wanita terbabit.

"Hati kering betul manager tu, staf tengah dalam krisis dia tetap pentingkan perniagaan dulu. Boleh je kot nak panggil pekerja lain tolong gantikan.

"Lelaki gila seks memang ada dekat mana-mana sekarang. Mereka ingat kalau jadi tukang urut terus jadi pelacur agaknya. Sentiasa berdoa minta perlindungan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain