suria

Baru lembut hati rujuk dengan suami 3 kali kantoi curang, isteri nekad cerai sekali lagi... Terkejut tiba-tiba ada madu!

Kisah seorang suami curang berkali-kali didedahkan oleh isterinya sendiri. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai konflik.

Selain masalah kewangan, konflik lain yang sering dikongsikan di media sosial tentunya isu kecurangan dalam hubungan suami dan isteri.

Begitulah yang berlaku kepada wanita ini yang mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain sejak hampir satu tahun lalu.

"Benda ni sudah mula berlaku dari awal April 2023 lagi. Suami ada hubungan dengan seorang perempuan.

"Bermula kisah, dia sorok segalanya sampai la bulan Mei atau Jun macam tu saya tahu (hubungan) dan terjadilah pergaduhan.

Pergaduhan antara pasangan sering berlaku disebabkan isu kecurangan. -Gambar hiasan

"Disebabkan saya dah tak tahan, saya beritahu perkara ni pada keluarga. Suami terus beritahu mereka, dia sudah tak ada hubungan," katanya, berkongsi cerita dalam Kisah Rumah Tangga di Facebook.

Malang nasib wanita ini apabila suaminya seolah-olah tidak serik dengan peluang diberikan apabila sekali lagi 'kantoi' mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

"Setelah reda sekejap, kantoi dengan saya sekali lagi. Selepas saya berkeras minta cerai, suami failkan cerai dengan cepat dan ceraikan saya talak satu.

"Masa tu dia kata sebab saya yang minta. Saya terus nekad nak pindah rumah mak. Dua minggu selepas tu, suami minta rujuk, pada awalnya saya tak bersetuju disebabkan risau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersahabat walau dah cerai, siap pergi umrah bersama... Wanita mengaku masih dalam edah, jawab kecaman netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Doa dapat suami sebaik malaikat makbul, tapi cerai selepas 7 tahun! Wanita serik taksub dalam berdoa

"Jadi (suami) berjanji bersungguh-sungguh depan mak saya, dia tak akan ulang lagi. Disebabkan fikir anak-anak, saya rujuk dan masih PJJ (hubungan jarak jauh) dengan suami," katanya.

Namun, hubungan mereka sekali lagi diuji apabila suaminya 'buat hal' untuk kali ketiga dan lebih parah kerana ditangkap khalwat ketika mereka sudah rujuk semula.

"Saya betul-betul kecewa. Masa tu bersungguh-sungguh suami kata dia menyesal. Lagi sekali saya dengan bodohnya percaya dan nekad ikut suami pindah bersama," katanya.

Namun wanita ini terus diuji apabila mendapat tahu dia mempunyai seorang madu, iaitu wanita yang pernah berkhalwat dengan suaminya.

"Alangkah terkejutnya saya baru bulan Februari saya pindah duduk dengan suami dan dalam dua minggu dia beritahu saya sudah berkahwin di sempadan.

Saya tekad serang perempuan tu sekali bawa suami sebab saya sudah pernah tegur dia jauhkan diri dari suami walaupun berulang kali dia berjanji.

PENGADU

"Betul-betul kecewa lagi kali ni macam kena hempap dengan batu atas kepala. Berulang kali bagi peluang tapi tetap juga usaha dengan perbuatan dia," ujarnya lagi.

Setelah berulang kali dikecewakan selama enam tahun bersama, akhirnya wanita ini nekad untuk sekali lagi bercerai.

"Saya tekad serang perempuan tu sekali bawa suami sebab saya dah pernah tegur dia jauhkan diri dari suami walaupun berulang kali dia berjanji. Memang dua-dua tak boleh 'pakai'.

"Saya bertahan sampai saya nekad failkan cerai sendiri sebab kewangan suami yang sememangnya tak mampu dan dia sendiri tak adil sebab asyik menipu dan abaikan saya dan anak-anak demi perempuan tu.

Komen netizen pada hantaran dibuat.

"Perempuan tu dengan 'acah suci' dan baiknya kata sebelum kahwin, dia pernah beritahu cuma nak tumpang kasih. Dia tak akan usik duit suami untuk anak isteri. Tak kan sampai suami abaikan isteri dan anak," jelasnya lagi.

Hantaran yang dibuat ternyata meraih simpati ramai netizen.

Rata-rata warga maya menyokong tindakan wanita teraniaya itu yang mahu berpisah dengan suaminya.

"Teruskanlah penceraian kalau itu yang membuatkan awak lepas daripada rasa ditipu terus menerus oleh suami yang macam tu.

"Bercerai bukan bererti dunia awak gelap. Ada usaha berubah cara hidup insya-Allah awak berjaya," kata beberapa warga maya di ruang komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain