suria

Minta suami sedia rumah, enggan kongsi bayar... Ramai wanita sekarang dianggap tak realistik, berangan hidup ‘auto’ senang lepas kahwin

Perkahwinan memerlukan kesefahaman antara pasangan. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi tanggungjawab seorang suami untuk memberikan nafkah yang sewajarnya kepada isteri.

Nafkah keperluan asas isteri termasuklah tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman.

Namun, melihat kepada keadaan ekonomi masa kini, ramai dalam golongan suami mengalami kesukaran untuk memenuhi tuntutan nafkah tersebut.

Rumah merupakan aset yang wajar dimiliki setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

Bertambah rumit apabila para wanita hari ini rata-ratanya enggan bertoleransi dan mahu hidup senang dalam perkahwinan tanpa perlu bersusah-susah dahulu.

Begitulah kisah dalam satu ciapan tular di laman X, apabila seorang pelayar wanita membuka perbincangan mengenai pembelian rumah untuk pasangan yang hendak bernikah.

Menurutnya, dia keberatan untuk menerima 'budaya' yang menetapkan pemilikan rumah harus dibahagikan sama rata antara suami dan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buntu dapat suami pelik! Baik hati tapi rancak buka aib, jaja buruk isteri depan orang... Menangis bila minta cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kemaruk ‘live’ dengan lelaki lain, melarat sampai atas katil! Paling biadab berani campak makanan ke muka suami lepas ditegur!

"Bayangkan kau nak berkahwin ni, ingat ke bakal suami tu boleh sediakan rumah untuk kau, sekali dia minta bayar separuh-separuh. Cancel la kahwin," ujar wanita itu sinis.

Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan hangat antara pihak lelaki dan wanita, dengan masing-masing mempunyai hujah tersendiri untuk mempertahankan pendapat.

Pertamanya dari sudut pandang lelaki, mereka berpendapat golongan wanita haruslah bersifat realistik dengan melihat kepada landskap kewangan semasa.

Jadi kepada lelaki di luar sana, teruskan bekerja keras untuk isteri anda, InsyaAllah akan dimurahkan rezeki.

WARGA MAYA

"Zaman sekarang ni duit memang susah nak cari. Dekat tempat kerja dah kena tindas dengan bos, tak kan dengan isteri sendiri pun nak kena cekik?

"Perempuan macam ni sebenarnya dia terperangkap dalam imaginasi dia sendiri, ingat ini movie ke? Nak harapkan lelaki kaya bentangkan semua benda, macam la lelaki dompet 'tebal' teringin nak dekat kau?

"Nasihat kepada saudara lelaki saya yang lain, lebih baik kita kerja keras untuk diri sendiri dan keluarga. Perempuan tak sedar diri macam ni jangan kita layan. Duit yang dikumpul baik beli rumah untuk kucing kesayangan.

"Perempuan sebegini tak akan pernah cukup. sekarang dia demand rumah, lepas ni apa lagi yang dia nak kikis duit kita," kata sebahagian warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Sementara itu, 'geng' pelayar wanita pula menjelaskan rasional mengapa tanggungjawab menyediakan rumah terletak di atas bahu lelaki sepenuhnya.

"Ada satu ustaz ni pernah cakap, jangan meminta untuk isteri bayar apa-apa komitmen, melainkan isteri sendiri yang memang ihsan terhadap suami untuk bantu daripada segi kewangan.

"Jadi kepada lelaki di luar sana, teruskan bekerja keras untuk isteri anda, InsyaAllah akan dimurahkan rezeki.

"Saya sangat bersyukur suami saya berusaha keras untuk sara kehidupan kami berdua ketika di fasa awal perkahwinan. Sampai RM2,000 dia boleh bayar sebulan termasuk utiliti semua.

"Sekarang saya secara sukarela bantu suami dalam hal-hal kewangan. Itulah dia kunci kebahagiaan dalam rumah tangga, untuk saling memahami," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain