suria

Pemuda tercengang jumpa peniaga ‘mulut laser’, disindir pokai kerana beli nasi putih kosong... Paling merepek caj RM4 sebungkus!

Pelbagai ragam boleh ditemukan ketika di bazar Ramadan. -Gambar hiasan

MEREKA yang bekerja kebiasaannya akan singgah ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Hendak memasak sendiri di rumah dirasakan keletihan dan kelesuan, perut pula sudah berkeroncong meraung-raung untuk diisi.

Namun, pastinya kecewa hati ini apabila hidangan yang dibeli tidak seberapa rasanya, malah lebih menguji kesabaran apabila menerima layanan biadab daripada peniaga.

Situasi mendukacitakan apabila pelanggan yang kelaparan ditindas peniaga. -Gambar hiasan

Begitulah kisahnya melalui satu hantaran tular di laman Facebook, apabila seorang lelaki diambil kesempatan oleh peniaga bazar yang kurang budi pekertinya.

Menurutnya ketika kejadian, dia sudah membeli lauk-pauk untuk dimakan ketika berbuka puasa, cuma belum mempunyai nasi putih.

"Saya pun pusing-pusing satu bazar Ramadan nak cari nasi. Lepas tu jumpa satu gerai yang jual nasi campur dan tak ramai orang. Saya pergi ke situ, niatnya nak support.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjual martabak ‘legend’ melenting dapat riviu buruk... Tak suka pelanggan tegur banyak rasa telur berbanding daging

ARTIKEL BERKAITAN: Dah beratur 20 minit nak beli martabak, lelaki Cina terkejut kena ‘sound’ pakcik di belakang... Nasib baik peniaga pasang telinga!

"Saya pun cakap, nak nasi sahaja, bagi dua bungkus. Tak nak lauk ya. Tiba-tiba peniaga tu boleh cakap macam ni, kenapa beli nasi je? Tak ada duit la tu. Memang mengejutkan, tersentap saya ni.

"Dah kenapa, apa masalahnya kalau saya nak beli nasi je. Waktu tu saya dah hampir naik angin. Tengok gerai dia pun setakat jual lima lauk je, memang hambar. Dulang setiap satu pun masih penuh lagi lauk.

"Tapi part yang paling best, tahu tak dia caj berapa untuk dua nasi kosong tu? RM8, ya betul, saya tak salah dengar," imbas semula lelaki tersebut.

Aku sejak tahun ni dah tak percaya bazar. Susah nak jumpa orang yang berniaga secara ikhlas.

WARGA MAYA

Masih samar-samar dengan apa yang baru berlaku, lelaki berkenaan meminta penjelasan mengapa dia dikenakan bayaran tidak masuk akal itu.

"Saya pun terus tanya la, kenapa mahal sangat nasi saya? Adik sebelah tadi relaks je nasi sebungkus harga RM2.50.

"Kemudiannya akak tu jawab balik macam ni, kalau beli nasi je memang kita jual harga macam tu. Kalau beli nasi sekali dengan lauk baru kita bagi murah.

"Tergamam saya dengar penerangan dia tu, malas nak sembang panjang terus saya hulur je RM10. Saya cakap baki saya halalkan.

Sebahagian komen warga maya.

"Boleh buat belanja tambahan untuk pergi haji nanti. Semoga cepat kaya saya doakan kepada akak tu," ujarnya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa terkilan dan ada segelintir yang mengambil keputusan untuk memboikot bazar.

"Aku sejak tahun ni dah tak percaya bazar. Susah nak jumpa orang yang berniaga secara ikhlas. Contohnya sate ayam aku beli banyak lemak dan nasi arab mentah.

"Aduh bang, kenapa kau pergi bayar? Patutnya terus lari je kalau dah kena cekik darah macam tu. Nasi apa yang mahal sangat ni, daripada kayangan ke?," soal warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain