MERAIH simpati orang ramai dengan mengemis di jalanan dalam keadaan daif dan serba kekurangan, siapa sangka terdapat segelintir peminta sedekah yang nampak 'kaya'. Bayangkan ada antara mereka memandu sendiri untuk meminta sedekah seperti mana dilakukan seorang wanita yang menaiki Honda CRV. Menerusi video yang kini tular di media sosial, seorang lelaki membongkarkan kegiatan pengemis wanita tersebut. "Malaysia sampai bila diperbodohkan. Minta sedekah pun pakai Honda CRV. "Fuyyoo, kau minta sedekah naik Honda? Jauh kau parking, sebab tu aku nampak kau kat Keramat hari tu. Wanita berkenaan menunjukkan barang di dalam plastik. Wanita berkenaan bagaimanapun menafikan kereta yang dipandunya itu miliknya. "Bukan kereta saya, pinjam daripada kawan. Kawan punya kereta. "Saya tak ada duit nak beli barang. Kereta ini bukan saya punya," kata wanita itu. Dalam rakaman berdurasi kira-kira dua minit itu, lelaki berkenaan turut menunjukkan pelekat kenderaan yang terpapar di hadapan cermin kereta. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjubah hidup senang dengan mengemis, kantoi pandu Proton X70 Flagship... 5 jam tadah tangan dapat RM500! ARTIKEL BERKAITAN: Taktik terbongkar! Siang mengemis, malam menginap di hotel mewah... Rupanya dah seminggu check-in Hasil semakan mendapati ia merupakan kediaman banglo dan semi-D di Hartamas, sebuah kawasan elit di Kuala Lumpur. Bercakap kepada mStar, individu yang merakam video tersebut berkata dia terserempak dengan pengemis berkenaan di Sentul pada Ahad malam, sebelum mengekorinya hingga ke tempat parkir kereta. Masyarakat harus tahu saluran yang betul untuk memberikan bantuan. IKBAL Hanya mahu dikenali sebagai Ikbal, dia menjelaskan bukan pertama kali bertemu dengan wanita itu ketika melakukan aktiviti mengemis. "Saya pernah nampak dia beberapa kali di sekitar Kuala Lumpur, di Keramat dan Chow Kit. Pernah bercakap dengan dia pun. "Cuma masa saya ekori dia (dalam rakaman) baru saya tahu dia bawa kereta Honda CRV," kata lelaki berusia 45 tahun itu ketika dihubungi. Pelekat kenderaan menunjukkan kediaman di kawasan elit di Kuala Lumpur. Menurut Ikbal, pengemis wanita berusia lingkungan 50-an itu sebelum ini mendakwa dia terpaksa meminta sedekah kerana menjaga dua warga emas di rumah. "Dia pun tua, kalau tiba-tiba sakit macam mana? Macam mana dengan orang tua yang dia jaga? Nanti mati tak makan di rumah. Sepatutnya dia pergi minta bantuan, seperti daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika betul-betul susah. "Hasil semakan, kereta tu milik seorang lelaki. Jika betul kawan dia beri pinjam, tak logik pinjamkan untuk pergi minta sedekah. Saya tanya siapa bayar duit minyak, dia tak jawab. "Dan jika dia memang sendiri tinggal di tempat tu (kediaman yang tertera pada pelekat kereta), ia merupakan satu penipuan," katanya. Tambah Ikbal lagi, perkongsian video tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menyalurkan bantuan kepada pengemis. "Masyarakat harus tahu saluran yang betul untuk memberikan bantuan. Pengemis beri salam je mudah simpati. Bila kita tegur dan tanya tentang mereka, masyarakat pula beri pandangan macam kita buat salah. "Mereka kata kalau tak nak bagi sudah, nak bagi biar ikhlas. Tapi bayangkan kalau mereka ni menipu, terutamanya pendatang asing yang salah guna pas tapi minta sedekah, nanti makin ramai mengemis di mana-mana," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube