CUTI sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan peluang terbaik untuk ahli keluarga serta sanak saudara berkumpul beramai-ramai. Kebiasaannya, rumah orang tua akan menjadi ‘homestay’ bagi mereka yang tinggal berjauhan. Bagi rumah yang kekurangan bilik, ruang tamu sering menjadi lokasi terbaik untuk tidur bagi kanak-kanak mahupun golongan bujang. Perkara sama diamalkan keluarga mentua wanita ini apabila ipar-duainya pulang berhari raya. Sanak saudara gemar tidur beramai-ramai di ruang tamu. -Gambar hiasan Namun ia bagaikan satu 'strategi' bagi wanita itu apabila dia dan suami dihalau dari rumah keluarga gara-gara 'berebut' bilik tidur. Berkongsi cerita, wanita berusia 27 tahun itu memberitahu dia dan suami tinggal di rumah bapa mentuanya sejak berkahwin kerana ingin menjaga kebajikan warga emas tersebut. "Rumah tersebut ada tiga bilik yang mana satu digunakan bapa mentua, satu bilik aku dan suami manakala satu lagi adik bongsu punya. "Nak dijadikan cerita, masa raya tahun lepas, ipar-ipar aku berkumpul kemudian dua hari sebelum raya, aku dan suami rancang nak balik kampung aku. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang orang mengata, suami enggan tempah hotel beraya di kampung! Isteri takut bersuara walau tak selesa, jaga aurat ARTIKEL BERKAITAN: Sambut raya dalam bas, pemuda sebak kejutan adik-beradik... reda Aidilfitri tanpa mak ayah "Jadi kami siap kemas untuk bergerak... adik ipar perempuan aku ni datang rumah tiga hari sebelum raya, dia sekeluarga minta nak tumpang bilik aku duduk," ujarnya. Dia yang pernah berhadapan masalah sebelum ini, enggan memberikan kebenaran kerana bimbang kejadian sama berulang. Malah kata wanita ini, suaminya turut bersetuju dan menolak permintaan adik perempuannya dengan menyatakan ia adalah privasi mereka berdua. Tambahan pula, dia pernah diburuk-burukkan oleh ipar duianya yang menerjah masuk bilik tidur tanpa disedari. Basically kau orang menumpang kot, dah tahu nak balik kampung kemas siap-siap bilik tu simpan apa patut. WARGA MAYA "Tiga kali dah bagi tumpang bilik, tapi mereka tinggalkan bersepah... kemudian ada barang hilang sebab aku tak boleh kunci almari. "Paling tak boleh diterima apabila mereka jadikan apa yang ada dalam bilik tu sebagai bahan cerita dekat luar," tambahnya. Malangnya, adik ipar wanita ini enggan bertolak ansur dan menceritakan situasi tersebut kepada bapanya sehingga berlaku salah faham. Susulan daripada itu, wanita berkenaan berkata dia dan suaminya dihalau keluar dari rumah tersebut pada hari raya kedua. Warga kota akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran. -Gambar hiasan Lebih menyedihkan apabila dia dan suami yang baru tiba ke rumah berkenaan tidak sempat untuk bermaaf-maafan dengan bapa mentua serta ahli keluarga yang lain. "Ipar-duai siap buat Instagram Story dan status WhatsApp perli-perli aku sebab tu. Jadi sejak kejadian tu, aku jauhkan diri daripada mereka semua dan sekat di media sosial," luahnya sayu. Mengimbau detik hitam tersebut, ujar wanita ini, pada masa tersebut kewangan dia dan suami masih belum stabil dan terpaksa bergelut mencari rumah sewa. Namun dia tetap menzahirkan rasa syukur kerana setiap urusan pada masa tersebut dipermudahkan. Rata-rata warga maya menyelar tindakan wanita ini dan menyifatkannya penting diri. Luahannya itu menjadi tular sehingga mendapat pelbagai reaksi warga maya. Bagaimanapun, kebanyakan netizen beranggapan apa yang dilakukan oleh adik iparnya adalah perkara normal kerana tiada istilah privasi bagi rumah ibu bapa. Tambahan pula bilik tersebut menjadi kosong kerana dia dan suami akan beraya di tempat lain. "Balik raya ramai-ramai mesti guna bilik kosong, kau orang pun tiada. Almari, dressing table semua lock dan simpan 'benda terlarang' dalam tu. "Kau pun tak kena juga. Rasanya ramai je yang buat macam ni, orang tu tak ada jadi orang lain tumpang tidur... tak ada isu privasi. Habis adik ipar laki kau tak payah privasi? Selfish. "Have some courtesy and common sense! Rumah tu bukan rumah kau orang. Basically kau orang menumpang kot, dah tahu nak balik kampung kemas siap-siap bilik tu simpan apa patut. Ipar-ipar balik raya mesti nak duduk bilik," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube