SUASANA raya bagaikan tidak lengkap sekiranya ahli keluarga dan sanak saudara yang berkumpul tidak melakukan aktiviti bersama-sama. Seiring perubahan zaman, aktiviti yang dilakukan masyarakat tanpa mengira batas usia adalah mengikut trend terkini di laman sosial. Menjengah ke laman TikTok, antara aksi dan gaya tarian yang menjadi ikutan adalah menggunakan lagu Alamak Raya Lagi dendangan DeFam. Trend 'alamak raya' merupakan antara aktiviti keluarga masa kini. -Gambar hiasan Menyedari semakin ramai melakukan gerak tari tersebut sejak 1 Syawal lalu, pendakwah bebas Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh tampil berkongsi pandangan khususnya kepada golongan wanita. "Elakkan buat trend 'alamak raya' yang dipertonton kepada umum. "Gedik dah jadi trend sekarang ni. Lagu itu bawa vibes gedik," ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 3 beradik sempat buat video trend TikTok sebelah jenazah - “Aku tak boleh brain...” ARTIKEL BERKAITAN: Pilih je nak hadiah apa, semua akan dibeli! Anak bujang buat kejutan ikut trend, dapat bonus terus balik kampung belanja mak Komen tersebut dibuat berikutan kebanyakan pelayar yang melakukan trend itu perlu menari dengan mimik wajah yang senada rentak lagu. Malah katanya, amalan seumpama itu sememangnya dilarang masyarakat dahulu kerana melibatkan maruah seorang wanita. Geng cikgu pun ada yang menari guna lagu ni... nampak macam tak okay je kan? WARGA MAYA "Dulu, mak abah marah kalau gedik depan orang. Sekarang, orang berlumba-lumba tunjuk gedik siapa paling menjadi. "Maaf ya. Trend tu tak manis untuk muslimah high class," ujarnya lagi. Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan beliau dan turut meluahkan rasa kecewa serta sedih melihat generasi masa kini khususnya wanita yang menormalisasikan perkara tidak sepatutnya. Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing berhubung isu tersebut. "Setuju ustazah! Saya sendiri malu tengok dan malu apabila ia menjadi normalisasi. "Beraya di rumah adik ipar tadi, benda (tarian) tu la tayang kat televisyen. Benci sungguh tengok. "Geng cikgu pun ada yang menari guna lagu ni... nampak macam tak okay je kan? "Setuju sangat. Saya baru lepas cakap dengan anak-anak tadi, rasa sedih pula. Baru lepas sebulan buat ibadah, Palestin berduka tapi kat Malaysia masyaAllah. Aidilfitri bukan untuk berpesta tapi untuk hargai anugerah Allah," ujar beberapa warga maya. Sebagai pengajaran bersama, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pernah menerangkan tentang hukum bagi lelaki dan wanita yang tapa segan silu menunjukkan aksi menari secara terbuka di media sosial. Jelasnya menari di khalayak ramai tapa ada tingkah laku haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan. "Jika ada ketika menari it suatu yang haram seperti nampak aurat, berpakaian ketat, seksi, gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram. "PeRlakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat, katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube