ANTARA nostalgia zaman persekolahan yang sering dikenang adalah memori bersama kawan-kawan sepermainan. Namun, melalui satu hantaran tular di laman X, seorang pemuda berkongsi kenangan yang kurang enak bersama kumpulan rakan di sekolah menengahnya. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dianggap pahit kerana ia mengubah perspektifnya tentang erti persahabatan. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan syarat untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti. -Gambar hiasan Bermula daripada kejadian itu, pemuda berkenaan mengakui sudah hilang kepercayaan kepada rakan-rakan terbabit. "Kisahnya waktu aku tingkatan lima, ketika itu kawan-kawan semua ada motosikal kecuali aku. Jadi pada satu hari tu waktu SPM, kami baru habis satu paper dan ada jarak masa dalam tiga jam untuk peperiksaan subjek seterusnya. "Kami pun putuskan untuk pergi makan dekat luar sekolah. Aku cakap dekat mereka nak ikut sekali, mungkin boleh bonceng motosikal sesiapa yang ada kosong, tetapi mereka tak bagi. ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur kecil hati dapat kawan jenis tiada hati perut, paksa travel ketika 5 bulan ‘jobless’... Rupanya nak cukupkan korum je! ARTIKEL BERKAITAN: Teringin tengok kawan-kawan bawa beg kasut, murid miskin nekad mencuri... Lepas dirotan guru disiplin ‘offer’ beli but bola Adidas! "Bermacam alasan mereka sebut yang apabila aku fikir balik, semuanya remeh dan tak masuk akal. Lepas tu mereka pun gerak makan tanpa aku. Aku ditinggalkan keseorangan hanya sebab aku tak ada motosikal. "Maka aku pun makan je dekat kantin sekolah sambil menunggu seorang diri untuk masuk dewan peperiksaan. Dekat situ aku bermuhasabah, aku ni sebenarnya terhegeh-hegeh sangat nak berkawan dengan mereka," katanya Tambah pemuda itu lagi, dia pernah meminta untuk meminjam motosikal ayahnya tetapi ditolak kerana risau risiko kemalangan. Ada sesetengah yang tak suka kawan dengan kita sebab mereka tak ada apa yang kita ada. WARGA MAYA Walaupun dikecewakan oleh sikap rakan-rakannya, nasib pemuda itu ternyata digantikan dengan sesuatu yang lebih baik "Apabila aku dah sedar yang aku tak dihargai kawan-kawan aku tu, aku pun ambil keputusan untuk tinggalkan mereka lepas habis sekolah. "Tiba-tiba sehari selepas aku tamatkan SPM, bapa aku bagi kunci kereta Wira dia. Bapa aku cakap... abang sekarang dah ada lesen, kereta ni abang punya sekarang. Aku memang gembira tak terhingga. "Aku terus update hadiah yang aku dapat tu dekat Facebook, bangga diri sedikit sebab kereta Wira tu bukan biasa-biasa, dah diubah suai bahagian rim dan bodykit. Cun habis! Sebahagian perkongsian warga maya. "Lepas aku post pasal kereta aku tu, seorang demi seorang kawan sekolah aku mula mesej ajak lepak. Waktu tu hati aku dah tawar, memang malas nak layan mereka," ujarnya menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, segelintir warga maya sangsi dan berpendapat lelaki itu dipulaukan kerana perangainya yang kurang semenggah. "Jaranglah orang nak materialistik, kalau ramai tak nak berkawan tu mesti ada sebab. Mungkin ada silap dalam diri awak sendiri yang awak tak perasan. "Tapi betul juga, ada sesetengah yang tak suka kawan dengan kita sebab mereka tak ada apa yang kita ada. 'Select' betul," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube