suria

Beraya kampung suami, isteri dikerah jadi tukang cuci! Mentua ‘anti’ makanan tempah, pinggan mangkuk pakai buang

Wanita menghabiskan masa di dapur ketika tetamu datang beraya -Gambar hiasan

HAKIKAT yang pahit untuk ditelan apabila isteri terpaksa beralah dengan suami dengan menyambut Aidilfitri di rumah ibu mentua.

Berat hati untuk berkata 'tidak' dan enggan digelar derhaka, si isteri hanya turutkan saja permintaan suami.

Begitu juga dengan seorang wanita, yang mana sambutan lebaran tahun ini tidak bermakna buatnya kerana masih beraya di rumah mentua sejak mendirikan rumah tangga.

“Saya kahwin nak masuk tahun ketiga. Ini kali kedua beraya di rumah mentua. Raya pertama dua tahun lepas bersama seorang kakak ipar. Itu pun hanya pada 1 syawal.

Ramai pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga masing-masing.

Ramai pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga masing-masing. -Gambar hiasan

“Ingatkan dulu paling perit tapi sekarang lagi perit. Jarak rumah mentua dan rumah mak kandung hanya 20 minit kalau jalan lancar tanpa perlu tempuh jam pun tapi tahun ni tak dapat lagi beraya dengan keluarga sendiri walaupun dah nak masuk hari ketiga,” luahnya.

Aidilfitri kali ini, dia yang berkongsi cerita di grup Facebook berkata, adik-beradik suaminya ‘merentas negeri’ untuk beraya di rumah mentua masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bosan balik rumah mentua, sambutan raya amat sendu! Rindu keluarga sendiri yang lebih 'happening'

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tersakiti kena ‘pulau’ beraya di rumah mentua, suami asyik berkepit dengan mak... Ipar, biras pun segan

Memandangkan suaminya merupakan anak bongsu daripada enam beradik, dia terpaksa menemani ibu mentua yang uzur dari segi fizikal.

“Tapi ibu mentua sangat ‘gagah perkasa’ mulutnya. Saya tak kisah kalau ibu mentua yang senang dan mudah bertolak ansur.

“Ibu mentua banyak burukkan saya depan-depan dan belakang-belakang secara halus. Saya setuju orang tua perlu dihormati. Tapi biarlah seiring dengan akhlak yang baik juga,” ujarnya.

Nak tercabut pinggang saya membasuh semua itu. Suami langsung tidak membantu.

PENGADU

Namun apa yang dikesalkan apabila suaminya lebih banyak curi tulang daripada membantu dalam menguruskan hal anak mereka yang berusia lebih setahun, termasuk tidak melakukan kerja-kerja rumah.

“Anak bongsu, faham-fahamlah. Ibu mentua takkan suruh anak dia buat apa-apa. Sanggup disuruhnya saya buat walaupun tahu ketika itu saya sedang bertungkus-lumus buat benda lain, dan kadang-kadang suami suka ambil kesempatan,” katanya.

Hanya bertemankan air mata, wanita ini mengakui tidak berasa seronok menyambut hari lebaran kali ini kerana terlalu banyak makan hati dek sikap suami dan ibu mentua.

Ibu mentua mahu semua tetamu dilayan dengan baik. -Gambar hiasan

Ibu mentua mahu semua tetamu dilayan dengan baik. -Gambar hiasan

“Dari pagi sampai malam tetamu tidak putus-putus datang. Kadang-kadang serentak empat hingga lima buah kereta. Ibu mentua pula sangat mementingkan adab dengan tetamu. Pinggan dan cawan mestilah kaca.

“Nak tercabut pinggang saya membasuh semua itu. Suami langsung tidak membantu. Dia hanya tolong bawa yang kotor ke dapur sahaja. Itu pun sebab besen berat dan saya tak larat nak angkat.

“Kena masak sendiri makanan berat, tak boleh tempah. Tiada waktu yang saya rasa dapat beraya dengan tenang. Suami langsung tak memahami,” katanya dengan nada sebak.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan ibu mentuanya sengaja mahu menyusahkan menantu dengan peraturan yang tidak masuk akal.

“Ada benda senang boleh pakai cawan plastik yang pakai buang tu. Kenapa nak susahkan menantu?

“Mentua pun... nak guna pinggan kaca, pakai jelah pinggan plastik. Kan memudahkan.

“Baru tahu guna pinggan cawan kaca itu lebih beradab,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain