suria

Bekas suami mata duitan, durjana! Nafkah anak culas, menggila dapat tahu ‘ex-wife’ kemas kini akaun STR

Rumah tangga pasti musnah jika tersilap memilih pasangan. -Gambar hiasan

PASTI kecewa hati apabila suami yang amat dicintai culas dalam menjalankan tanggungjawab.

Begitulah kisah tragis seorang wanita yang terpaksa melalui jalan penuh liku dalam kehidupan rumah tangganya

Menurut wanita itu yang enggan mendedahkan identiti, dia mengenali suaminya melalui aplikasi mencari jodoh tetapi tidak memerlukan masa lama untuk mencari keserasian.

Rumah tangga memerlukan kesefahaman. -Gambar hiasan

"Waktu saya mula bersembang dengan suami, dia jenis yang sentiasa tenang dan mukanya nampak baik. Kami pun mulakan bercinta dan selepas enam bulan bertunang.

"Fasa pertunangan kami berjalan lancar. Cuma keluarga belah saya minta segerakan perkahwinan sebab dalam kalangan adik-beradik pernah ada sejarah putus tunang. Kami setuju tarikh perkahwinan pada 17 Julai 2022.

"Tatkala semakin hampir hari bahagia kami, dia mula tunjukkan belang dia yang sebenar. Satu demi satu Allah tunjukkan. Pertama sekali dia kantoi curang di belakang saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri... Anggap terbawa-bawa adegan drama

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih dapat isteri pemalas tapi selera kayangan! Gaji 7K tak cukup, serba serbi nak mewah

"Saya waktu tu sebenarnya dah tawar hati dan nak batalkan sahaja perkahwinan tapi dia merayu sampai tahap melutut ke kaki untuk peluang kedua, maka saya pun berlembut hati meneruskan perkahwinan," ujar wanita itu.

Melihat nasib dirinya sekarang, dia mengakui berkahwin dengan lelaki itu adalah satu keputusan yang sangat dikesali kerana apa yang dilalui hanyalah sengsara.

"Masalah terbesar saya boleh katakan datang daripada keluarga suami terutamanya mak mentua. Mereka sangat suka masuk campur hal rumah tangga saya dan suami.

"Dan keluarga suami saya ni rupanya jenis lemah agama, mak mentua saya tu selepas saya selidik memang tak solat langsung. Dan yang paling teruk, dia sebenarnya mengamalkan ilmu hitam.

Apabila dia dapat tahu, dia terus maki hamun saya di WhatsApp. Memang semua benda pasal saya dia caci, termasuklah mak ayah saya.

PELUAH

"Dia ada seorang nenek atau bomoh yang dia selalu jumpa. Akibat 'tempias' daripada ilmu yang keluarga suami gunakan, saya mengalami komplikasi ketika bersalin dan kerap sangat bergaduh dengan suami.

"Bayangkan orang biasa berpantang dalam 44 hari macam tu je, saya waktu tu berpantang sampai 90 hari ya. Malah doktor maklumkan saya mengalami peranakan jatuh," cerita wanita tersebut.

Keadaan bertambah buruk buat wanita berkenaan apabila suaminya turut gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Suami meletakkan saya dan anak sebagai yang kedua dalam keutamaannya. Dia lebih mementingkan kehendak dirinya seperti berhias kereta kesayangan, beribu-ribu ringgit habis ke situ sahaja.

"Tak pernah terlintas di fikirannya untuk membahagiakan anak dan isteri dulu. Saya boleh simpulkan suami gagal dalam bab nafkah. Ingat dalam drama je wujud lelaki durjana begini, tapi memang ada. Entah macam mana saya boleh tersangkut.

Keluarga yang tidak berpaksikan agama pasti bermasalah. -Gambar hiasan

"Maka setelah dicampur kesemua faktor yang saya ceritakan ini, saya dan suami memutuskan untuk bercerai pada t8 Oktober 2023. Alhamdulillah saya mendapat hak penjagaan anak," kata wanita itu.

Walau bagaimanapun, derita wanita tersebut tidak terhenti di situ apabila bekas suaminya sering kembali kembali mengganggu.

"Saya sejak bercerai Oktober tahun lepas, belum sempat kemas kini akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Saya masih kongsi akaun dengan bekas suami.

"Dan hari tu selepas STR fasa dua masuk, apabila saya periksa akaun, rupanya bekas suami dah 'songlap' habis RM500 untuk kegunaan dia sendiri. Dia tak fikir ke anak dia yang masih kecil ni perlukan duit?

"Saya terus update akaun tu dan buang nama bekas suami, hidup tahu menumpang je. Apabila dia dapat tahu, dia terus maki hamun saya di WhatsApp. Memang semua benda pasal saya dia caci, termasuklah mak ayah saya.

"Saya tak boleh terima kebiadaban sebegitu rupa. Sekarang saya tengah pertimbangkan untuk putuskan terus hubungan bekas suami dengan saya dan anak," ujar wanita itu menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain